Oleh: Faridzul |
Sabtu, 03 Julai 2010 09:49 |
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul)
akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar
Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad
Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya
sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis
(sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun
(855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya
yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman
dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina
Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat
menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang
boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter. dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada
Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi
dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata
dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran
72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.
Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan
tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa
bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan
kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan
Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini
pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan
menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan
khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh
|
"Berjalan berfikir merenung alam semesta tanpa bicara, perlu akal yang tajam membina minda dengan bekal iman senjata manusia, meneruskan usaha tawakkal Tuhan Yang Maha Esa, sebagai bekalan menjadi insan berhati mulia, berbudi luhur mencipta sejarah, menghayati Islam cara hidup nan Indah"
Wednesday, 5 December 2012
Muhammad al-Fateh
Friday, 5 October 2012
ketenangan dalam bekerja
Ketenangan
Dalam Bekerja
Kerja dalam Islam adalah amal perbuatan sama ada
baik atau buruk berdasarkan kepada terma dan syarat. Maksudnya seseorang yang
bekerja sedang melakukan amal sama ada baik atau sebaliknya dalam kehidupan
seharian.
Islam mengiktiraf sesebuah
pekerjaan yang tidak bertentangan dengan Islam sebagai Ibadah. Ibadah dalam
Islam sangat luas. Ia meliputi ibadah yang wajib, sunat dan umum. Maka dalam
konteks pekerjaan adalah dikira sebagai ibadah umum. Ibadah umum adalah
pekerjaan yang dilakukan untuk keduniaan tetapi mendapat ganjaran pahala dari
Allah (s.w.t.) seperti berniaga, membuat jalan raya, menanam padi dan
sebagainya.
Namun begitu, ibadah umum
adalah ibadah secara tidak langsung kepada Allah (s.w.t.) yang mempunyai
beberapa syarat. Antaranya semasa bekerja seseorang tidak meninggalkan sesuatu
yang wajib seperti solat, puasa dan mengeluarkan zakat. Selain itu, bekerja
akan dikira ibadah sekiranya pekerjaan yang dilakukan adalah kerana
mengharapkan keredhaan Allah (s.w.t.) dan bukan kerana selainnya.
Justeru, ramai manusia yang
bekerja dengan penuh kesungguhan, tetapi tidak mendapat ketenangan. Bahkan
terdapat pula para pekerja yang gelisah, bosan dan tidak ada jati diri ketika
bekerja. Terdapat juga para pekerja yang memikirkan bila boleh naik pangkat,
bila akan dapat bonus dan selalu mencari alasan untuk tidak melakukan kerja
dengan bermutu.
Seharusnya para pekerja yang
hebat adalah mereka yang sentiasa taat kepada Allah (s.w.t.) iaitu mengikut
apa-apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa juga larangan-Nya, cintakan
kepada Nabi (s.a.w.) lebih dari keluarga, anak dan manusia seluruhnya,
hendaklah bekerja di posisi masing-masing dan yakin akan hari akhirat. Sekirnya
keempat-empat perkara ini dihayati dengan sepenuh jiwa, pasti para pekerja akan
melakukan pekerjaan dengan penuh iltizam, mantap dan ceria. Sebab semuanya akan
diaudit oleh Allah (s.w.t.) di akhirat kelak.
Maka seseorang yang
mempunyai keempat-empat fomula ini, insyaAllah akan mendapat ketenangan dalam
bekerja. Kerana pekerjaan adalah Ibadah yang mendatangkan pahala sekiranya
dihayati dengan sepenuh hati dan jiwa dalam lapangan pekerjaan. Semoga warga
KPTM Bangi bekerja dengan ikhlas, bukan bekerja kerana bos, tetapi
bekerja kerana tuntutan agama iaitu kerana Allah (s.w.t.). Maka besempena awal
hijrah 1433 dan tahun baru 2012 ini marilah sama-sama berubah menjadi pekerja
yang berilmu, beriman dan beramal soleh. Seterusnya menjadi pekerja yang ceria
dan memahami tanggungjawab sebagai pekerja. Wallahu a'lam.
Ustaz Elmi Baharuddin
Pensyarah Pengajian Islam, KPTM Bangi
telah diterbitkan dalam buletin WARNA KPTM BANGI
Thursday, 27 September 2012
gambaran sebenar
kenikmatan dunia...
gambar Makkah al-Mukarramah 2012
kenali syeikh anda?
selalu mita kepada Allah swt agar khusuk dalam solat
Wednesday, 26 September 2012
perjalanan menuju pencerahan
oleh: Abu mardhiyyah
Manusia berlari menuju destinasi
Membawa impian seribu sangsi
Membina kejayaan bersulam diri
Demi melihat kejayaan kian terpatri
Bila bebas merdeka diri sendiri
Tidak bergantung sesiapa mencari
Membina kekuatan pencerahan abadi
Dengan berpaksikan al-Quran suci
al-Sunnah Nabi pegangan abadi
Baru pencerahan semakin menjadi
Menuju puncak kejayaan hakiki
Bergaul dengan ulama yang disegani
Sebagai pemangkin dalam diri
Bekalan amalan dalam hati
Sentiasa tawadhuk untuk mencari
Iman sejati tidak menyendiri
Hidup berjamaah nasihat menasihati
Untuk Allah, Rasul, orang Islami
Baru hidup berkat menerangi
Pencerahan hakiki perjalanan ini
Manusia berlari menuju destinasi
Membawa impian seribu sangsi
Membina kejayaan bersulam diri
Demi melihat kejayaan kian terpatri
Bila bebas merdeka diri sendiri
Tidak bergantung sesiapa mencari
Membina kekuatan pencerahan abadi
Dengan berpaksikan al-Quran suci
al-Sunnah Nabi pegangan abadi
Baru pencerahan semakin menjadi
Menuju puncak kejayaan hakiki
Bergaul dengan ulama yang disegani
Sebagai pemangkin dalam diri
Bekalan amalan dalam hati
Sentiasa tawadhuk untuk mencari
Iman sejati tidak menyendiri
Hidup berjamaah nasihat menasihati
Untuk Allah, Rasul, orang Islami
Baru hidup berkat menerangi
Pencerahan hakiki perjalanan ini
Sunday, 16 September 2012
Friday, 31 August 2012
kawin lari
Oleh:
Elmi Bin Baharuddin
Kahwin lari bukanlah mengucapkan ijab dan kabul
dalam upacara nikah sambil berlari. Tetapi ia merujuk kepada perkahwinan yang
dilangsungkan tanpa menggunakan saluran prosedur mahkamah syariah dalam hal berpoligami
dan wali mujbir bagi seorang gadis. Kebiasaanya perkahwinan ini dilakukan
secara senyap-senyap sahaja agar orang lain tidak mengetahuinya.
Namun begitu, Islam menyuruh umat Islam yang berkahwin
agar menghebohkan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan taulan dengan
mengadakan jamuan kesyukuran walaupun hanya swngan seekor kambing. Hal ini
sebagaimana yang telah diperkatakan oleh sabda Nabi (s.a.w.) ‘kendurilah
walaupun dengan seekor kambing’. Ini menunjukkan hebahan perkahwinan adalah
sesuatu yang mulia dan mendapat pahala dalam Islam. Perkahwinan seharusnya
diwar-warkan kepada orang lain agar mereka bersangka baik sekiranya seseorang
pasangan itu berjalan berduaan dan berpegangan tangan serta dapat pula
mengelakkan fitnah terhadap pasangan tersebut.
Hakikatnya perkahwinan adalah lambang dan tanda
cinta kepada setiap pasangan yang sedang bercinta. Perasaan sayang dan cinta
dikotakan melalui proses perkahwinan yang sah dalam rumah tangga. Ibu bapa dan
keluarga adalah insan yang sangat bahagia dan gembira bila mendapat tahu dalam
keluarga mereka ada orang baru sebagai menantu dan cucu.
Alasan Wali
Namun di sebalik itu, terdapat juga segelintir
dalam kalangan ibu bapa yang tidak redha dengan pilihan anak mereka. Terdapat
juga ibu bapa yang telah ada pilihan sendiri. Tidak kurang juga ibu bapa yang
mementingkan aspek pekerjaan bakal menantu, gajinya yang besar, rumah dan
kereta yang digunapakai calon menantu.
Bahkan terdapat juga ibu bapa yang tidak mahu
menantu mereka berbangsa selainnya. Terutamanya sekali orang luar negara. Hal
ini kebiasaannya bagi seorang gadis. Begitu juga bagi perkahwinan yang kedua
bagi suami yang telah ada isteri dalamn erti kata untuk berpoligami.
Kebiasaanya bagi mengelak dari presedur biasa mahkmah syariah, mereka sanggup
untuk berkahwin dengan menggunakan agen-agen yang bertauliah dan ada juga yang
tidak bertauliah di luar negara.
Alasan Pasangan
Terdapat juga pasangan yang hendak kahwin lari
bagi mengelakkan perbuatan zina. Apabila mereka mula bergaul dan telah ada
teman lelaki mahupun perempuan, sampai satu peringkat hendak mendirikan rumah
tangga, tiba-tiba dihalang oleh wali sama ada bersebab atau tidak.
Antara sebabnya pasangan tersebut masih belum
tamat belajar atau hendak menunggu pekerjaan terlebih dahulu dan sebagainya. Sedangkan
anak yang dihalang tersebut merasakan pilihannya adalah tepat dan terbaik. Maka
bagi mengelakkan perbuatan zina dari berlaku, maka mereka akhirnya merancang
untuk kahwin ke luar negara.
Selain itu, terdapat juga alasan yang
mengatakan sukar berkahwin untuk kali kedua dan seterusnya disebabkan
syarat-syarat tertentu. Mereka berpandangan syarat tersebut harap dapat
dilonggarkan sedikit. Maklumlah wanita di Malaysia sekarang ini adalah lebih
ramai dari lelaki. Tambahan pula sekiranya hendak berpoligami memerlukan
kebenaran isteri dan syarat lain yang dirasakan sukar.
Hukum
Sebenarnya hukum kahwin lari adalah sah di sisi
syarak dengan beberapa syarat. Antaranya:
1)
Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
2)
Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
3)
Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin
atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4)
Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh
wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia
ditauliahkan sebagai wali hakim.
Hal ini berdasarkan perbincangan tentang perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah
mengikut Mazhab al-Syafie dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 adalah sah.
Penyelesaiannya
Maka isu kahwin lari ini memerlukan jalan
penyelesaian dari semua pihak sama ada pasangan, wali dan pihak berkuasa.
Antaranya adalah seperti berikut:
1) Sebagai pasangan
yang hendak mendirikan rumah tangga secara sah, maka beberapa perkara yang
mesti anda fikirkan terlebih dahulu. Sudahkan anda membalas jasa kedua ibu bapa
sekadar termampu?, Sanggupkah anda untuk tidak bersama dengan keluarga tercinta
dan sahabat handai di hari bahagia?, Sanggupkah anda berpisah dengan ibu dan
ayah yang telah bersusah payah membesarkan anda dari kecil hingga dewasa dan
akhirnya berpisah disebabkan kekasih yang baru anda kenal satu hingga tujuh
tahun sahaja dari memilih ibu dan ayah anda?.
2) Maka walaupun
perkahwinan lari sah di sisi syarak, tetapi kesan yang akan datang lagi banyak
dari kebaikkannya. Maka apalah sangat jika anda terpaksa memilih dan mentaati
ibu dan ayah selagi ibu dan ayah anda tidak mengajak menderhaka Allah (s.w.t.).
Begitu juga dengan pasangan yang hendak berpoligami. Sekiranya jodoh anda,
pasti Allah (s.w.t.) akan pertemukan juga dari berkahwin lari.
3) Selain itu,
pihak wali juga hendaklah memahami pilihan anak sendiri. Tanggungjawab seorang
wali terutamanya ibu dan ayah hendaklah ialah membesarkan, memberi pendidikan
agama dan mengahwinkan mereka apabila sampai jodoh mereka. Maka berilah
anak-anak anda peluang untuk memilih bakal pasangan mereka dengan syarat yang
anda tentukan. Sekiranya anda melarang hubungan tersebut mestilah memberi
altenatif sebagai gantian. Sekiranya mereka memilih yang tidak sekupu seperti kaki
judi, kaki arak, penghisab dadah dan sebagainya barulah anda melarang hubungan
tersebut.
4) Begitu juga
pandangan agar prosedur mahkamah syariat dilonggarkan sedikit agar proses
perkahwinan hari ini dapat dimudahkan bagi mengelakkan kes kahwin lari.
Kesimpulannya
Hakikatnya, perkahwinan lari adalah altenatif
bagi segelintir pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga tetapi terhalang. Semoga Allah (s.w.t.) memberi kepada pasangan yang kahwin lari ini
petunjuk agar mereka memikirkan terlebih dahulu kesan dari segi emosi dan
mental di hari kemudian. Kadang-kadang bukan semua yang kita harapkan akan kita
miliki. Kita hanya seorang hamba. Jodoh, pertemuan dan mati adalah di ketentuan
Allah (s.w.t.). Wallahu a’lam.
Sunday, 3 June 2012
cabaran pasangan baru kawin
oleh: Elmi Baharuddin
Perkahwinan adalah ibadah dalam Islam. Ia
merupakan kesinambungan zuriat dan kelestarian kehidupan manusia. Islam
mamandang hina kepada mereka tidak mahu berkahwin tetapi bersekedudukan
sehingga melahirkan anak luar nikah dalam masyarakat. Ajaran Islam sangat
menitikberatkan soal perkahwinan sehingga Nabi (s.a.w.) bersabda kawinkanlah
anakmu jika sudah sampai jodohnya. Persoalannya ungkapan kahwin sangat mudah,
tetapi untuk merealisasikan selepas perkahwinan adalah cabaran yang sangat
hebat terutamanya kepada pasangan yang baru nikah.
Terdapat
beberapa cabaran yang perlu dipandang serius oleh pasangan yang baru berkahwin.
Ia meliputi soal cabaran kerohanian, cabaran emosi, cabaran intelektual dan
cabaran kebendaan. Seharusnya pasangan yang hendak berkahwin hendaklah
memikirkan keempat-empat cabaran tersebut dengan penuh penghayatan. Hal ini
memandangkan ramai dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin menghadapi
pelbagai ujian dan tribulasi kehidupan yang nyata.
Cabaran Kerohanian
Pasangan yang baru kahwin hendaklah memantapkan
amalan kerohanian mereka. Suami dan isteri mestilah mengamalkan syariat Islam
sama ada yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah dan amalan sunat yang lain. Kekuatan
kerohanian dalam rumah tangga adalah senjata ampuh untuk berhadapan dengan
cabaran semasa.
Solat lima waktu perlulah disempurnakan dalam
keluarga. Jangan memandang ringan soal solat lima waktu. Ramai dalam kalangan
pasangan yang baru kawin meninggalkan solat terutamanya solat subuh. Seharusnya
pasangan suami isteri sentiasa mengamalkan solat berjamaah sama ada di rumah
mahupun di surau-suraun dan masjid. Kerana solat berjamaah akan emmbentuk
kekuatan ummah yang hebat.
Ramai juga yang beralasan untuk tidak datang ke
surau dan masjid disebabkan terdapat anak-anak yang masih kecil. Bahkan
terdapat juga segelintir nazir, imam dan AJK surau dan masjid melarang anak
kecil dibawa ke surau dan masjid. Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran
Islam. Sedangkan Islam tidak melarang, tetapi iba bapa hendaklah menjaga mereka
sehingga tidak mengganggu jamaah yang lain. Hal ini salah satu cara untuk
mendidik anak-anak agar sentiasa terpaut hatinya di rumah Allah (s.w.t.).
Selain itu, pasangan yang baru kawin juga hendaklah
menjadikan bacaan al-Quran sebagai bacaan lazim mereka setiap hari. Bahkan
mereka juga hendaklah sentiasa memerhatikan maksud dan huraiannya. al-Quran
adalah petunjuk iaitu al-huda. Barang siapa yang membacanya pasti akan
keluar dari kesempitan hidup dan mendatangkan ketenangan jiwa yang sebenarnya.
Maka penghayatan al-Quran secara eksklusif oleh pasangan baru kawin sedikit
sebanyak mampu menghadapi cabaran hidup yang kian mendatang.
Selain itu, amalan-malan sunat seperti bacaan al-ma’thurat,
solat sunat rawatif, puasa sunat dan bersedekah adalah bentuk-bentuk amalan
kerohanian dalam keluarga Islam. Doa juga berperanan mendatangkan ketenagan
dalam keluarga Islam. Seharusnya pasangan yang baru kawin mengamalkan doa-doa
yang ma’thur dari Rasulullah (s.a.w.) sebagai perisai dalam keluarga. Maka kekuatan
kerohanian ini dapat menghadapi cabaran kehidupan yang makin menghimpit umat
Islam.
Cabaran Emosi
Sebelum kawin semuanya cantik, elok dan wangi. Bila
sudah kawin sedikit sebanyak menjejaskan pelbagai emosi. Hal ini kerana niat
berkahwin tidak betul dan bahkan salah. Macam mana hendak mendapat keberkatan
dalam perkahwinan. Jika niat berkahwin kerana Allah (s.w.t.) sudah tentu akan
lahir kenenangan emosi dalam keluarga yang dibina.
Bukan bermakna sesebuah keluarga yang berkat
tidak pernah bergaduh, berselisih pendapat dan sebagainya. Tetapi ia mestilah
berdasarkan adab-adab dan nilai tatasusila yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Suami ketua keluarga mestilah mendidik anak dan isteri dengan penuh kasih sayang
dan hormat menghormati.
Hal ini kerana perkahwinan bukanlah untuk keseronokkan
hidup semata-mata. Tetapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
setiap pasangan yang berkahwin. Iaitu si suami menanggung segala macam yang
terjadi dalam keluarga di samping menjawab kepada Allah (s.w.t.) di akhirat
kelak.
Maka maaf memafkan, bertimbang rasa, hormat
menghormati pasangan adalah akhlak yang mulia yang boleh mengurangkan emosi
dalam keluarga. Isteri hendaklah patuh perintah suami selagi tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Suami pula janganlah memberi arahan seperti robot sahaja.
Bantulah para isteri. Bertimbang rasa akan mengurangkan ketegangan emosi dalam
keluarga.
Sementara itu, para isteri juga mestilah bijak
dalam mengurus rumah tangga. Sebelum bercakap berfikirlah dahulu dua tiga kali.
Lihat suasana dan persekiran. Fahami keadaan. Contohnya ‘suami aku ini baru
balik kerja, pasti dia letih!’. Maka jangan terus menerjah, menyoal dan
mempertikaikan sesuatu perkara. Bersabarlah, bertenanglah dan bersangka baiklah
dalam rumah tangga. Ia adalah adalah kunci kebahagian dalam menghadapi emosi
pasangan yang baru kawin.
Cabaran Intelektual
Pasangan baru kahwin juga berhadapan dengan krisis
ilmu terutamanya ilmu pengatahuan agama dan ilmu alat. Ramai dalam kalangan
pasangan yang tidak memahami tanggungjawab kepada agama, ibu bapa pasangan
masing-masing, tidak tahu membaca al-Quran, tidak tahu solat dan sebagainya.
Seharusnya mereka meningkatkan inteketual mereka dengan menimba ilmu dengan
semaksima yang boleh.
Hari ini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
agama tidaklah sepayah ketika dahulu. Media massa seperti Tv al-Hijrah,
tanyalah ustaz Tv9, radio IKIM.com dan ribuaan lagi blog-blog dan Muka Buku (fb)
yang bersifat Islamik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama. Bahkan di
masjid-masjid dan surau juga adalah medan ilmu agama sekiranya pasangan baru
kawin menjadikan institusi masjid dan surau sebagai kunjungan rasmi
sekurang-kurangnya waktu Maghrib hingga Isyak. Sebab waktu itulah kebiasaan
kuliah dan ceramah agama di adakah di masjid-masjid dan surau.
Begitu juga dalam ilmu alat seperti membaiki
paip rumah yang rosak, berkebun, menanam sayur dan sebagainya. Seharusnya
pasangan baru kawin mempunyai misi dan visi agar memantapkan intelektual dalam
semua bidang ilmu pengetahuan. Pasangan yang mengusai pelbagai ilmu akan dapat
mengimbangi cabaran semasa dalam rumah tangga. Sebab semuanya diketahui dan
dilalui dengan penuh penghyatan dan keazaman yang mantap. Sekiranya pasangan
yang baru kawin mempunyai pengetahuan agama dan ilmu alat, maka mereka tidak
akan berhadapan dengan cabaran intelektual yang digembar-gemburkan oleh
kebanyakan pihak.
Cabaran Meterialistik
Ramai dalam kalangan ibu bapa yang
menitikberatkan persoalan meterialistik dalam pemilihan calon menantu mereka.
Ibu bapa lebih memilih soal harta berbanding agama dari segi akhlak dan
penghatan agama. Tidak dapat dinafikan hakikat kepentingan material dalam
sesebuah keluarga. Justeru, cabaran material perlulah ditangangi dengan baik
antara pasangan suami isteri.
Keperluan asas seperti rumah, makanan dan
pakaian adalah keperluan yang wajib. Pasangan suami isteri henkdaklah sentiasa
memikirkan untuk mempunyai rumah sendiri walapun permulaannya adalah menyewa.
Sikap jimat cermat dan tidak berboros serta sentiasa menabung adalah salah satu
cara untuk membina kekuatan material dalam keluarga. ‘Ukur baju di badan
sendiri’ itulah ungkapan lagu agar pasangan baru kahwin tidak menghadapi
cabaran keluarga berupa kemiskinan dan kepayahan hidup terumanya di
bandar-bandar besar.
Budaya makan juga hendaklah diubah. Kalau
dahulu semasa bujang makan sendiri lebih gemar makan di kedai, namun bila sudah
berkeluarga biasakanlah untuk makan di rumah. Di samping makanan yang bersih
dan jimat, isteri juga mendapat pahala yang banyak serta keberkatan dalam
keluarga.
Begitu juga amalan dan cara berpakaian. Pentingkan
pakaian yang menutup aurat sahaja. Jangan terlalu mementingkan fesyen, ikut
kawan dan kemewahan yang lain. Maka para suami haruslah menyediakan keperluan
asasi ini dengan sekadar kemampuan sahaja. Selain itu, banyak lagi persiapan
material yang sewajarnya disediakan dalam keluarga. Namun hendaklah
mendahaulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Barulah rumah
tangga aman harmoni.
Kesimpulannya
Hakikatnya, cabaran pasangan yang baru
berkahwin adalah fitrah dan asam rumah tangga. Jika semua pihak sama ada suami,
isteri dan anak-anak berperanan dan berfungsi pada kedudukan masing-masing,
maka cabaran dalam keluraga Islam akan dapat diselesaikan denganb baik.
Seterusnya akan melahirkan keluragaku syurgaku di dunia ini.
Semoga Allah (s.w.t.) memberi kepada pasangan yang baru kahwin ini
hati-hati yang tenang, sabar dan berlapang dada dalam segala tindakan yang
tidak bertentangan dengan syaraiat Islam. Selain itu, memaafkan pasangan yang
sifatnya remeh temah sahaja adalah sangat penting. Maka dengan itu lahirkan
pasangan yang mampu berhadapan dengan cabaran global masa kini. Wallahu
a’lam.
telah diteritkan dalam VIC 2012
Sunday, 6 May 2012
MENANGANI PENGARUH BUDAYA BARAT
Wan
Ibrahim Wan Ahmad
UUM
PENGENALAN
Perkataan Barat
merujuk kepada kelompok negara maju, atau negara industri, yang dari segi
geografinya terletak di Amerika Utara dan Eropah Barat. Termasuk juga negara
yang disebut negara Barat ialah Australia dan New Zealand. Kelompok negara yang
tidak termasuk dalam kelompok ini dikenali sebagai negara membangun atau Negara
Dunia Ketiga, yang letaknya berselerak di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Negara maju ini
lahirnya setelah berakhirnya Perang Dunia Ke-2, tetapi arus kemajuan negara ini
bermula selepas Revolusi Industri yang berlaku pada abad ke-18. Selepas banyak
kemajuan yang dicapai akibat Revolusi Industri ini, beberapa negara besar Barat
yang kaya, khususnya negara Amerika Syarikat dan England menjadi semakin
memerlukan negara pinggir (negara mundur dan negara membangun) sebagai pembekal
bahan mentah, sekaligus sebagai pasaran bahan ekspot mereka. Selepas Revolusi
Industri itu jugalah mereka melihat Negara Dunia Ketiga sebagai sumber kekayaan
bagi mereka. Maka wujudlah fasa mencari dunia baru, fasa penjelajahan, fasa
kolonialisme, fasa neo-kolonialisme, dan sekarang ini fasa globalisasi, yang
semuanya bertujuan untuk menguasai negara membangun dalam segala bidang
kehidupan.
Satu perubahan radikal telah berlaku berikutan berakhirnya
Perang Dunia Kedua. Selepas Perang Dunia Kedua Amerika Syarikat telah menjadi
negara kapitalis gergasi. Amerika Syarikat sebagai negara yang kaya dianggap
sebagai berjaya mendapat pengaruh sebahagian besar negara bekas koloninya
melalui rancangan Marshalnya. Sekarang ini penguasaan Amerika Syarikat dan
sekutunya di Negara Dunia Ketiga adalah amat luas. Lihatlah susu atau air yang
kita minum, makanan-makanan segera yang kita makan yang kononnya melambangkan
status, ubat gigi, sabun mandi, barang-barang elektrik, kenderaan atau sebutlah
apa sahaja. Ini belum lagi disentuh pinjaman asing, baik Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan lain-lain, yang
sebenarnya menjalankan fungsi Amerika Syarikat dan sekutunya.
Amerika dan negara industri Barat sekutu mereka, giat
memperhebatkan bantuan bilateral, bantuan multilateral, pelaburan asing,
operasi syarikat-syarikat transnasional di seberang laut, dan sekarang ini
melalui globalisasi, yang merupakan kesinambungan sejarah neo-kolonialisme yang
diciptakan untuk menguasai kehidupan negara membangun. Pada hari ini tidak ada
negara yang terkecuali daripada tangan-tangan negara industri Barat. Semua
negara ini telah terheret ke dalam sistem dunia yang menuntut semua negara
berhubungan dan memerlukan negara lain. Negara maju ini adalah licik dan tidak
jujur. Mereka memainkan peranan ini melalui slogan modernisasi yang mereka
canangkan. Modenisasi, bagi Wilbert Moore (1963) ialah:
..a total
tranformation of a tradisional or pre-modern society into the types of
technology and associated social organization that characterize the “advanced”,
economically prosperous, and
relatives politically stable nations of the Western World”
Modernisasi bermula di Barat, dan kemudiannya menjalar ke
negara bukan barat. Berdasarkan pengalaman Barat, proses modernisasi itu wujud
dalam bentuk sekularisasi, industrialisasi, komersialisasi, meningkatnya
mobiliti sosial, meningkatnya taraf hidup, peluang pendidikan, celik huruf, dan
pelbagai bentuk yang lain lagi. Proses modernisasi ini terjadi dalam pelbagai
bidang kehidupan; sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.
MENANGANI PENGARUH
BUDAYA BARAT
Selepas Revolusi
Industri, negara Barat giat memperluaskan pengaruhnya ke negara pinggir melalui
proses modernisasi. Tujuan negara maju ini jelas; iaitu agar negara pinggir menjadi
pembekal bahan mentah, sebagai pasaran bahan ekspot mereka, dan sekarang
sebagai negara pengeluar barangan mereka melalui pelaburan asing dan operasi
syarikat-syarikat transnasional mereka di negara pinggir. Untuk meluaskan
pengaruh ini, mereka menggunakan pelbagai pendekatan dan alat yang ada,
termasuk cara hidup negatif mereka. Salah satu alat yang ampuh ialah budaya budaya
hedonism yang telah mendarahdaging
dalam kehidupan mereka. Bukan semua budaya Barat itu negatif. Budaya yang
negatif adalah budaya hedonism yang
dikatakan telah mendarahdaging dalam kehidupan mereka. Lain-lain aspek
kehidupan harian mereka, termasuk dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan,
sistem nilai, dan pelbagai segi kehidupan sosial yang lain, jauh lebih baik
daripada budaya kita yang mengaku beragama Islam. Kita atau semua negara Islam
yang lain yang mengaku Islam, sebenarnya tidak mengamalkan cara hidup Islam.
Malah ada kata-kata sindiran; “jika ingin melihat cara hidup Islam, tengoklah
negara Barat; dan jika ingin melihat cara hidup bukan Islam, tengoklah di
negara Islam”
Memang benar. Jika kita berpeluang melawat negara maju ini –
sebutlah negara apa – Perancis, German, Belanda, Norway, Sweden, atau pelbagai
negara maju lain, kita akan kagum dengan kehidupan manusia di sana. Mereka
menghormati orang. Mereka boleh dipercayai . Mereka tidak menipu. Mereka jaga kebersihan,
dan pelbagai aspek positif lain yang tidak diamalkan oleh orang Islam. Di
negara bukan Barat, termasuk negara Islam, kita tidak menghormati orang. Kita
tidak boleh dipercayai. Kita suka menipu. Kita tidak menjaga kebersihan, dan
pelbagai aspek negatif lain yang kita amalkan dalam kehidupan.
Yang perlu kita atasi atau kita hindari ialah budaya hedonism, iaitu budaya yang mengamalkan
cara hidup bebas yang tidak berasaskan kepada ajaran agama. Negara Barat
melebarkan pengaruh budaya hedonism ini
melalui pelbagai saluran, seperti melalui media TV, film, facebook,
pelancong-pelancong, buku-buku, dan pelbagai saluran lain lagi. Budaya negatif
ini berjaya meresap ke segenap segi kehidupan kita, dan sekarang ia berjaya
melahirkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat kita. Masalah sosial adalah satu bentuk perilaku negatif atau
tingkahlaku menyimpang ialah semua bentuk perilaku atau keadaan sosial yang
bertentangan dengan nilai, norma ataupun adat kebiasaan masyarakat. Masalah
sosial, khususnya dalam kalangan remaja di negara kita akhir-akhir ini boleh
dikatakan berada pada tahap yang rumit.
Hampir setiap hari kita
didedahkan dengan berita-berita mengenai gejala negatif remaja dalam masyarakat,
bahkan sampai terlibat dengan seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah. Seks bebas sekarang ini tidak lagi dianggap perkara yang
memalukan. Jika sebelum ini masyarakat Melayu megah dengan konsep ‘dara’ yang
dapat dipertahankan sebagai simbul kesucian anak gadis sunti, akan tetapi ramai
anak gadis Melayu sekarang berbangga dengan tidak ada dara. Lebih mengaibkan
lagi apabila ramai di antara mereka berbangga dengan status itu dan menganggap
rakan yang masih ‘menyimpan’ dara sebagai kumpulan yang ketinggalan zaman.
Bagaimana kita boleh menangani pengaruh negatif budaya Barat
ini? Adalah agak sukar untuk menangani
pengaruh negatif Barat ini. Tugas dan tanggungjawab untuk menangani budaya
negatif Barat ini merupakan tugas semua orang. Setiap orang daripada kita,
daripada pelbagai lapisan kedudukan, daripada pemimpin hinggalah kepada setiap
individu itu sendiri, mempunyai peranan untuk sama-sama berusaha menangani
masalah ini. Kita boleh mulakan untuk menangani masalah ini bermula daripada
diri kita, dan kita sebagai ketua keluarga. Kita renungkan tiga hadis
Rasulullah s. a. w, iaitu (1) setiap orang adalah pemimpin, dan setiap pemimpin
akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya…”, (2) setiap anak dilahirkan dalam
keadaan fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menyahudikannya, menasranikan,
atau memajusikannya, dan (3) jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada
api neraka.
Tiga hadith
Nabi (saw) di atas menggambarkan tugas mengatasi masalah budaya Barat adalah
tanggung jawab semua indidvidu dan keluarga. Di peringkat individu, kita
bertanggung jawab menjaga diri kita sendiri. Di peringkat keluarga pula, jika
kita adalah ketua keluarga, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan
mendidik ahli keluarga di bawah jagaan kita agar mematuhi suruhan agama. Sekiranya
ketua keluarga mendidik anak-anak mereka sedari awal dengan ketaatan kepada
Allah, maka anak-anak ini selalunya menjadi seorang yang patuh dan mempunyai
perilaku yang selaras dengan kehendak agama dan masyarakat. Kalaupun anak-anak
ini agak nakal di peringkat awal, tetapi akhirnya anak-anak ini, apabila besar
mudah diajak kembali untuk mematuhi nilai atau norma masyarakat. Begitu juga
jika anak-anak yang dibesar dan dididik dengan kehidup jauh daripada
nilai-nilai agama maka anak tersebut mudah cenderung kepada perilaku yang
menyimpang apabila mereka besar.
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya maka dapatlah dikatakan adalah menjadi tugas setiap
individu dan setiap ketua keluarga untuk sama-sama berusaha menangani masalah
budaya hedonism Barat. Mula-mula
kita jaga diri kita sendiri daripada terpengaruh, kemudian jika kita ketua
keluarga, kita jaga tanggungan kita agar tidak terjebak dengan budaya negatif
Barat seperti di atas. Jika kita sama-sama berusaha insya-Allah, segala budaya
negatif tidak akan dapat berleluasa dalam masyarakat.
Thursday, 26 April 2012
Thursday, 5 April 2012
Berkorban Demi Cinta
Oleh:
Abu Mardhiyyah
'Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan sejiwa'
Ketika aku berjalan di bawah sinaran mentari
Aku melihat dedaun nan rimbun mekar berdiri
Dengan kekuatan kaki ku terus berlari
Seolah menyahut kepulangan yang dinanti
Aku mula berfikir sendiri
Mana mungkin berjaya jika hanya berdiam diri
Berpeluk tubuh dari petang hingga ke pagi
Merenung jauh nun ke sana ke mari
Adakah mungkin akan ku tempuhi
Perjalanan yang jauh hingga ke saat mati
Memerlukan bekalan pahala sebagai ganti
Untuk mendapatkan keredhaan Ilahi
Keringat mula dimamah onak dan duri
Untuk mendapatkan cinta suci
Terpaksa berkorban tinggalkan kepentingan diri
Demi melihat ummah bersatu hati
Aku cuba pasrah dalam hidup ini
Bila mengenangkan nasib menanti
Dosa pahala aku mula peduli
Kenapa aku tidak mengerti
Sejak dari dulu hingga kini
Sunnah Ilahi memerlukan reformasi
Agar diri berubah berevolusi
Membentuk transformasi minda sejati
Memartabatkan Islam memerlukan resepi
Menyampaikan dakwah bijak bestari
Mengikut kaedah al-Quran nan suci
Jangan dilupa Sunnnah Nabi
Kelak mati membawa budi
Di sana menanti hidup kekal abadi
Agar diri tidak diazab di kemudian hari
Mendapat balasan setimpal amalan sendiri
Perlukah aku menghitung lagi
Bila terkenang pengorbanan suci
Nabi Ibrahim mempunyai kekuatan sejati
Korbankan Ismail demi cintakan Ilahi
Hebat sungguh perancangan-Mu Rabbi
Ismail diganti Kibas hakiki
Alangkah gembira tidak terperi
Melihat Ismail menjadi Nabi
Justeru, peristiwa silam membawa erti
Setiap pengorbanan mulia akan diberkati
Nusrah pertolongan Allah adalah pasti
Dilapangkan jiwa ke dalam hati
Korbankan masa dan kepentingan diri
Sampaikan dakwah perjalanan sufi
Demi melihat Islam dihayati
Memerlukan pengorbanan hati nurani
Perlukan jatidiri korbankan peribadi
Apabila berkorban sampai mati
Kerana Allah falsafah hidup diImani
Menjadi Khalifah dan manusiawi
Membawa diri ke alam abadi
Sediakan bekalan amalan rohani
Agar mudah dikemudian hari
Tidak diseksa balasan diberi
Agar hidup menjadi bererti
Bila berpegang kepada kitab Suci
Kerana pengorbanan perlu persiapan rapi
Agar gagah melawan nafsu berahi
Jangan berkira pentingkan diri
Rahmat Allah sentiasa menanti
Mantapkan jasmani arahan diberi
Menjadi manusia lebih berdikari
Betapa peritnya pengorbanan ini
Memperjuangkan Islam demi Ilahi
Keredhaan Allah yang dicari
Pasti hidup aman hakiki
Pengorbanan untuk agama adalah suci
Memerlukan strategi untuk berlari
Agar mudah berjaya di sana sini
Islam adalah cara hidup beraspirasi
Mana mungkin berkorban tidak mengerti
Tuntutan agama laksana tunggul mati
Berpeluk tubuh tanpa usaha diri
Hanya bermain di kepala sendiri
Aku mula mengerti pengorbanan ini
Usaha, doa dan tawakkal bekalan sejati
Ibadah sunat dan wajib ku susun sepulah jari
Mentaati segala suruhan-Nya nanti
telah diterbitkan dalam Majalah VIC edisi 4
Subscribe to:
Posts (Atom)