Saturday, 11 February 2012

Seni Hiburan Islam




Oleh:
Elmi Bin Baharuddin

Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat. Manusia yang mengambil Islam sebagai gaya hidup hendaklah mengambil Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Allah (s.w.t.) telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya musuh yang nyata bagimu.”

Pemisahan amalan agama dengan keduniaan adalah bertentangan dengan Islam yang dipanggil sebagai sekularisme. Muhammad Qutb telah menerangkan perkataan sekularisme sebagai ‘iqamah al-hayat ‘ala ghayri asaasin min al-din’. Maksudnya mengatur kehidupan dengan tidak berasaskan kepada agama. Manakala mengikut Taqiyuddin pula memisahkan agama dalam kehidupan ‘fashl al-din an al-hayah’.

Maka sekularisme bukan hanya berlaku dalam pemisahan agama dengan dunia politik semata-mata, tetapi juga pemisahan agama dalam bidang hiburan. Seharusnya seni hiburan mengikut cara Islam perlu diterapkan kepada masyarakat sebagai satu fitrah dan sebahagian dari Islam.

Prinsip Seni Hiburan

Seni adalah sesuatu yang indah yang memerlukan banyak pengalaman atau kemahiran dari seseorang. Mengikut Mustafa Daud kesenian hiburan Islam adalah dicetuskan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah (s.w.t.) yang bertunjangkan kepada nilai tauhid, syariat dan akhlak. Justeru, kesenian hiburan dalam Islam seharusnya berunsurkan keindahan yang mampu menjadikan manusia terpesona apabila melihat atau mendengarnya serta dalam masa yang sama dapat mendekatkan diri kepada pencipta-Nya.

 Islam tidak menghalang kesenian yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan Allah (s.w.t.) menyatakan dalam surah al-Maidah ayat 87 supaya jangan mengharamkan sesuatu yang baik seperti dalam ayat berikut yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampau batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau batas

Selain itu, Rasulullah (s.w.t.) telah bersabda dalam riwayat Muslim yang menunjukkan Allah (s.w.t.) suka kepada keindahan seperti berikut: 

“Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan kepada keindahan”

Justeru, Islam melihat tiga prinsip utama yang perlu diambil kira dalam seni hiburan Islam iaitu matlamat, kandungan dan sumber.

Matlamat

Kesenian Islam hendaklah bermatlamatkan kepada mencari keredhaan Allah (s.w.t.). Ia harus bertujuan membawa kepada kesejahteraan kepada masyarakat dan negara. Tujuan untuk bermegah-megah, mendapat pujian, sanjungan, membangkitkan nafsu, merosakan aqidah adalah dilarang sama sekali. Begitu juga walaupun tujuannya adalah murni tetapi perlaksanaan tidak betul, maka dikira salah dan berdosa. Contohnya mengadakan konsert kutipan derma Amal Palastin. Tetapi cara persembahan mendadahkan aurat, bercampur lelaki dan perempuan, meninggalkan solat maghrib dan isyak maka hukumnya adalah haram.

Kandungan

Islam amat menitikberatkan isi kandungan dan nilai seni hiburan yang betul. Seharusnya nilai kandungan seni hiburan adalah nilai-nilai yang boleh menghidupkan manusia dengan sentiasa ingat dan takut kepada Allah (s.w.t.). Isi kandungan seni hiburan yang terbaik adalah nilai seni yang mampu menambah keimanan, ketaqwaan dan amal soleh sama ada dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber

Seni hiburan Islam mestilah bersumberkan kepada al-Quran al-Sunnah. Menghasilkan seni hiburan yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah sudah pasti ia menjadi seiring dengan kehendak ajaran Islam yang syumul. Maka sekiranya seni hiburan itu ada unsur pengaruh agama lain adalah haram di sisi Islam. Maka hendaklah dijauhi.

Bidang Seni Hiburan Islam

Seseorang akan terhibur melalui banyak cara. Ada orang terhibur melalui pandangan, pendengaran dan pengamalan. Namun perlu diingatkan bidang seni hiburan tersebut mestilah menggunakan prinsip-prinsip hiburan yang telah dinyatakan. Antara cabang seni hiburan Islam adalah seperti berikut:

1.      Seni Lakon: seperti lakonan filem dan drama TV.
2.      Seni Suara: seperti kemerdua, kemantapan, kelunakan vokal dalam mendendangkan senikata dan lirik yang telah digubah.
3.      Muzik: iaitu seni bunyi yang terhasil dari alat muzik yang dicipta.

Pandangan Ulama Seni Hiburan

Ulama telah memberikan beberapa garis panduan tentang seni hiburan dalam Islam. Antaranya adalah seperti berikut:

Pandangan Syeikh Rasyid Redha

Mengikut pembentangan kertas kerja Prof. Dr. Siti Rogayah Hj Tibek yang bertajuk “Seni Lakon (Drama, Teater dan Filem) Dari Perspektif  Islam” telah menyatakan fatwa yang dibuat oleh Syeikh Rasyid Reda berkenaan seni lakon iaitu pelakon yang mendedahkan aurat dan bergaul dengan bukan muhram adalah haram.

Begitu juga walaupun untuk tujuan pendidikan dalam drama atau filem yang terdapat adegan kemesraan seperti ayah dan anak gadis yang berpegangan tangan adalah haram sekiranya bukan muhramnya. Maka unsur yang bertentangan dengan Islam adalah ditegah dalam lakonan. Hal ini kerana beliau lebih mengutamakan pencegahan kerosakan berbanding sedikit kebaikan dari hasil seni lakonan tersebut. 

Pandangan Imam al-Ghazali

Hukum nyanyian dan muzik adalah harus dalam Islam. Iaitu selagi tidak bercanggah dengan syarak. Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda dalam riwayat Bukhari seperti hadis berikut:
Dari Aiyah (r.a.h) bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansor, maka Nabi (s.a.w.) bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansor gemar sekali terhadap hiburan”.

            Maka sekiranya terdapat unsur hiburan yang merosakan iman, mencemarkan agama, pendedahan aurat dan terlalai dari mengerjakan ibadah wajib adalah haram.

Pandangan Syeikh Ali Tantawi

Kertas Kerja “Seni Suara Manifestasi Dendangan Syaitan” ada menjelaskan secara langsung tentang hiburan dalam Islam. Hakikatnya Islam tidak mengharamkan senikata lagu yang terusun elok melainkan dalam beberapa perkara yang menjadi Haram seperti berikut;

1) Kerana senikatanya haram.
2) Penyanyi perempuan yang menyayikan untuk lelaki yang bukan muhramnya.
3) Masa persembahan tidak menghalang ibadah wajib.
4) Program atau majlis yang berlangsung tidak bercampur lelaki dan perempuan secara bebas.
5) Kesan nyanyian kepada pendengar yang melahirkan perilaku buruk.

Kesimpulannya

Islam adalah agama yang cukup sempurna. Maka setelah menilai seni hiburan dalam Islam, seharusnya umat Islam peka dan sensitif kepada perkara yang boleh mendatangkan dosa dari hiburan. “Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya apa bila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah” begitu bait-bait kumpulan Raihan yang melagukan tentang keharusan berhibur dalam Islam.

Menunjukkan hiburan adalah fitrah yang disukai oleh manusia. Rasulullah (s.a.w.) selalu meminta kepada Allah (s.w.t.) tentang perkara yang mengembirakan dan menceriakan. Maka baginda memohon kepada Allah (s.w.t.) agar dijauhkan dari kesedihan seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari seperti yang berikut:

“Ya Allah, saya memohon perlindungan kepada-Mu daripada rasa bimbang dan sedih”

Semoga Allah (s.w.t.) memberi kepada umat Islam hati yang terhibur, tenang dan ceria dalam menjalani kehidupan sebagai hamba yang bertaqwa. Wallahu a’lam.
#telah diterbitkan dalam majalah VIC edisi 5

Thursday, 5 January 2012

MENGAMALKAN SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH SEBAGAI GAYA HIDUP

Oleh:
Zuraidah Muhidin

Pendahuluan :

Sembahyang ini bertujuan memohon kepada Allah (s.w.t.) agar diberi petunjuk bagi membuat pilihan atau melaksanakan keputusan yang tepat dan terbaik. Terdapat Hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah (r.a.) yang menyatakan Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud :
 “Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu …”
Seringkali di dalam hidup, kita menghadapi persimpangan dalam membuat pilihan. Sebagai insan yang lemah, kita tidak mengetahui apa yang bakal menunggu kita di masa hadapan. Namun sebagai khalifah Allah (s.w.t.) yang memegang amanah mengisi kehidupan di dunia ini dengan perkara-perkara kebaikan bagi mendapat keredhaan-Nya. Bahkan segala rintangan hidup ini perlu kita diteruskan. Namun sebagai hamba Allah (s.w.t.) yang yakin dengan rahmat, belas kasihan, keagungan dan segala sifat keindahan yang ada pada-Nya, kita hendaklah sedar bahawa hanya pada-Nyalah tempat kita mengadu, memohon pertolongan, petunjuk serta taufik dan hidayah bagi melakukan pilihan atau melaksanakan keputusan yang tepat.
Dalam hal ini, Rasululah (s.a.w.) telah menunjukkan kepada kita contoh tauladan melalui  amalan  sunnah  baginda  akan   cara-cara untuk  kita mendekatkan diri ( taqarrub ) kepada Allah (s.w.t.) dan memohon petunjuk-Nya di kala kita berada dalam persimpangan atau kemelut untuk membuat sesuatu keputusan atau mengambil sesuatu tindakan yang kita tidak pasti atau ragu-ragu atau kebingungan dalam menjalani kehidupan.
Contohnya
Umpamanya kita mempunyai beberapa pilihan fakulti untuk meneruskan pelajaran, hinggakan kita tidak tahu membuat pilihan. Atau kes lain misalnya kita tidak pasti kursus apakah yang perlu diutamakan untuk kita ambil. Meskipun selepas berbincang dengan orang yang lebih arif namun kita masih rungsing samada keputusan yang dibuat tepat atau tidak. Ataupun kita menghadapi persimpangan dalam memilih teman hidup yang paling sesuai dengan kita dan keluarga. Atau kita tersepit di dalam membuat pilihan untuk tinggal dengan ibu atau ayah yang telah bercerai.
Dalam menghadapi kerungsingan atau kemelut seumpama ini ada manusia yang mengambil jalan singkat yang bertentangan dengan agama. Ada yang menghisab rokok berbungkus-bungkus kononnya untuk mencari ilham, ada yang berhibur sahaja kononnya untuk melupakan kemelut dan masalah dan ada yang lebih buruk lagi mengambil arak dan dadah .
Mengapa tidak kita ikuti sunnah Nabi dengan mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih rapat lagi melaui ibadah? Ibadah yang dimaksudkan ialah sembahyang sunat istikharah. Jalan ini lebih mudah, indah dan memberi ketenangan. Bukankah kita ini hamba-Nya? Bukankah kita ini lemah? Bukankah Dia yang menciptakan kita dan bukankah Dia Yang Maha Mengetahui segalanya? Bukankah Dia Maha Pengampun dan Bukankah Dia Maha Penyayang?
Oleh itu marilah kita berazam cuba menjadikan sembahyang sunat istikharah ini sebagai amalan gaya hidup kita dan sering menjadi teman untuk kita mendekatkan diri kepada Allah apabila ingin membuat sesuatu pilihan atau ketika berada dalam persimpangan dan dilema dalam hidup kita sebagaimana firman Allah (s.w.t.):
Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahawa Aku dekat.Aku mengabulkan doa orang yang berdoa orang yang berdoa memenuhi keperluan segala permintaanKu agar mereka selalu dalam kebenaran“ (al-Baqarah: 186 )



Justeru itu, selesai memohon petunjuk dari-Nya kita akan dapat melapangkan dada dan menengkan keresahan jiwa setreusnya menerima takdir-Nya dan meneruskan kehidupan .

Keterangan Sembahyang Sunat Istikharah :

1.      Lafaz dan niat

2.      Rakaat pertama

Baca surah al fatihah dan diikuti dengan surah al-kafirun

3.      Rakaat ke-dua

Baca surah al-fatihah dan surah al-ikhlas. Selepas memberi salam bacalah doa seperti berikut. Jika anda tidak boleh membaca dalam Bahasa Arab, maka bacalah doa ini dan hayatinya sebagaimana terjemahan. Mulakan doa dengan pujian kepada Allah dan sudahi doa dengan selawat :

“ Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik daripada-Mu dengan ilmu-Mu, aku meminta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu, aku meminta dari-Mu kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, aku tidak berdaya, Engkau Maha Mengetahui, aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku dan agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku, pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan masa akan datang maka elakkannya daripadaku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana saja aku berada, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu “
   
Panduan:

1.Saat yang paling afdhal berdoa ialah sewaktu sujud. Oleh itu anda digalakkan berdoa sewaktu sujud terakhir sebelum duduk tahiyyat akhir pada rakaat ke dua. Tetapi berdoa di dalam hati sahaja dan tidak dilafazkan. Waktu kita sujud, inilah ketikanya Allah (s.w.t.) paling hampir dengan hamba-Nya.
 2.Mudah-mudahan selepas menunaikan sembahyang ini Allah (s.w.t.) akan menunjukkan tanda-tanda kepada kita dalam membuat keputusan. Mungkin dalam bentuk ilham yang mana sebelum ini kita tidak boleh membuat keputusan, namun selepas beberapa ketika kita sembahyang istikharah, kita mampu membuat keputusan dengan mudah dan berkesan. Atau mungkin tanda lain yang kita secara peribadinya kita memahami bahawa ianya adalah petunjuk dan hidayah Allah (s.w.t.). 
3.Kita boleh berulang kali melakukan sembahyang sunat ini sehingga kita boleh mendapat keyakinan dalam membuat pilihan. Lakukan dengan tekun. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu kita qiamulail atau waktu tengah malam selepas solat sunat tahajud. Kemudiannya apabila kita tidur semula, pastinya kita berada dalam keadaan wudhuk dan tenang. Mudah-mudahan selepas itu kita mendapat petunjuk-Nya. Walaubagaimanapun kita boleh melakukan sembahyang istikharah pada mana-mana waktu yang harus untuk bersembahyang.
Kesimpulan
Apabila kita telah memohon kepada Allah (s.w.t.), hendaklah kita bersabar. Apa jua keputusan atau pilihan yang kita buat, kita serahkan kepada Allah (s.w.t.) untuk memelihara dan menjayakanya dan sentiasalah bermohon agar Allah (s.w.t.) memberi kerahmatan-Nya di dalam kita menempuh kehidupan. Istiqamah atau berterusanlah menjadikan Allah (s.w.t.) sebagai tempat kita bergantung. Di samping itu hiasilah diri kita dengan perkara-perkara kebaikan sebagaimana firman-Nya :

Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik

                                                                                    (ali-Imran: 134) 
  
Akhir sekali bertawakallah kepada-Nya dalam setiap urusan hidup kita:

“Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertawakkal kepada-Nya“
                                               
                                                                                    (ali-Imran : 159)
                                                                                                                  




Monday, 24 October 2011

wasiat Muammar bin Mohammad

Muammar Gaddafi’s website, Seven Days News, says it has published the last will of the deceased former leader of Libya.
The document was reportedly handed to three of his relatives, one of whom was killed, the second arrested and the third managed to escape the fighting in Sirte.
Here is the English translation:
“This is my will. I, Muammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, do swear that there is no other God but Allah and that Mohammad is God’s Prophet, peace be upon him. I pledge that I will die as Muslim.
Should I be killed, I would like to be buried, according to Muslim rituals, in the clothes I was wearing at the time of my death and my body unwashed, in the cemetery of Sirte, next to my family and relatives.
I would like that my family, especially women and children, be treated well after my death. The Libyan people should protect its identity, achievements, history and the honourable image of its ancestors and heroes. The Libyan people should not relinquish the sacrifices of the free and best people.


Surat wasiat Muammar Gadaffi sebelum dibunuh pemberontak

Adakah anda semua tahu bahawa bekas Presiden Libya yang mati dibunuh telah meniggalkan satu surat wasiat. Surat itu telah diserahkan kepada kaum kerabatnya (anak lelaki) walaupun ada diantara anaknya turut mati dibunuh pejuang pemberontak. Surat ini telah didedahkan oleh seorang penulis dari berita Seven Days News.


Berikut adalah isi kandungan surat wasiat Gadaffi yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

"Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.

Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.

Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Liba harus melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, serta rasa terhormat dan kepahlawannya.

Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk meneruskan perjuangan dan melawan kuasa asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.

Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita boleh saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan balasan kehidupan pribadi yang aman dan kukuh.
Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.

Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya." - BBC

Friday, 21 October 2011

Muammar Ghadafi

Muammar Gaddafi



Tarikh lahir7 Jun 1942
Tempat lahirBendera Libya SirteLibya
Meninggal
20 Oktober 2011 (umur 69)
Pasangan
Fatiha al-Nuri (Cerai)
Safia Farkash (1970–kini)
AgamaIslam Sunah
TandatanganMuammar Gaddafi's signature



Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arabمُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfīaudio ) (lahir 7 Jun 1942- 20 Oktober 2011) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkanRaja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasasRepublik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS,Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia,Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]
Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.

Kehidupan Awal
Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha diFezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel NasserPresiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Rampasan Kuasa

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).
Sosialis Islam dan Arab
Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalismedan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkoholdan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Ditembak Mati
Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi cedera parah di sebuah terowong di bawah lebuh raya di kampung halamannya Sirte,Libya. Sirte terletak kira-kira 360 km di timur Tripoli.
Konvoi beliau dihujani bom dari jet pejuang NATO. Pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan NTC kemudian telah mengheret beliau dan menembak mati.Ketika ditangkap , beliau masih bernafas dan kedua-dua kakinya cedera .Sumber lain menyatakan Gaddafi ditembak mati oleh pengawalnya sendiri. Jenazah beliau akan diterbangkan ke Misrata.
Tentera NATO terutama Perancis telah membantu penduduk tempatan memburu dan mengusir tentera Gaddafi. Selama beberapa bulan, tentera NATO mengebom di merata-raya tempat yang disyakki menjadi kubu persembunyian Gaddafi , anak-anak dan penyokongnya.
Mustafa Abdel-Jalil selaku Perdana Menteri Interim mengesahkan kematian Gaddafi. Beliau adalah pemerintahan pertama yang dibunuh dalam siri kebangkitan Arab di Timur Tengah. Video klip yang disiarkan oleh Al Jazeerajelas menunjukkan wajah Gaddafi yang cedera. Gambar kamera telefon bimbit menunjukkan mukanya berdarah-darah.Setiausaha Agung PBB ,Ban Ki-moonturut mengesahkan kematian Gaddafi. Namun keamanan di Libya masih jauh di hadapan .
Komander NTC, Abdul Hakim al-Jalil menyatakan bahawa jurucakap Kolonel Gaddafi,Moussa Ibrahim telah ditawan dan Ketua Tentera Libya, Abu Bakar Younus Jabr, telah dibunuh. Anak sulungnya Saif al-Islam berjaya ditangkap tetapi laporan lain menyatakan Saif telah dibunuh.
Rujukan


  1.  "Al-Qadhafi, Muammar Muhammad". Oxford Dictionary of Political Biography
  2.  Kira Salak. "National Geographic article about Libya". National Geographic Adventure.http://www.kirasalak.com/Libya.html.
  3.  Charles Féraud, "Annales Tripolitaines", versi Arab "Al Hawliyat Al Libiya", terjemahan Mohammed Abdel Karim El Wafi, Dar el Ferjani, Tripoli, Libya, jil. 3, m/s. 797.
  4.  Protesters deserve to die, Gaddafi says Gulf News
  5.  "Gaddafi defiant as state teeters – Africa", Al Jazeera English, 23 Februari 2011. Dicapai pada 30 Februari 2011. 
  6.  "Middle East and North Africa unrest", 24 Februari 2011. Dicapai pada 30 Februari 2011. 
  7.  ICC requests Gaddafi arrest warrant Xinhua
  8.  War crimes court issues Gaddafi arrest warrant The Guardian
  9.  "Libya: ICC issues arrest warrant for Muammar Gaddafi".