oleh: Elmi Baharuddin
Perkahwinan adalah ibadah dalam Islam. Ia
merupakan kesinambungan zuriat dan kelestarian kehidupan manusia. Islam
mamandang hina kepada mereka tidak mahu berkahwin tetapi bersekedudukan
sehingga melahirkan anak luar nikah dalam masyarakat. Ajaran Islam sangat
menitikberatkan soal perkahwinan sehingga Nabi (s.a.w.) bersabda kawinkanlah
anakmu jika sudah sampai jodohnya. Persoalannya ungkapan kahwin sangat mudah,
tetapi untuk merealisasikan selepas perkahwinan adalah cabaran yang sangat
hebat terutamanya kepada pasangan yang baru nikah.
Terdapat
beberapa cabaran yang perlu dipandang serius oleh pasangan yang baru berkahwin.
Ia meliputi soal cabaran kerohanian, cabaran emosi, cabaran intelektual dan
cabaran kebendaan. Seharusnya pasangan yang hendak berkahwin hendaklah
memikirkan keempat-empat cabaran tersebut dengan penuh penghayatan. Hal ini
memandangkan ramai dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin menghadapi
pelbagai ujian dan tribulasi kehidupan yang nyata.
Cabaran Kerohanian
Pasangan yang baru kahwin hendaklah memantapkan
amalan kerohanian mereka. Suami dan isteri mestilah mengamalkan syariat Islam
sama ada yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah dan amalan sunat yang lain. Kekuatan
kerohanian dalam rumah tangga adalah senjata ampuh untuk berhadapan dengan
cabaran semasa.
Solat lima waktu perlulah disempurnakan dalam
keluarga. Jangan memandang ringan soal solat lima waktu. Ramai dalam kalangan
pasangan yang baru kawin meninggalkan solat terutamanya solat subuh. Seharusnya
pasangan suami isteri sentiasa mengamalkan solat berjamaah sama ada di rumah
mahupun di surau-suraun dan masjid. Kerana solat berjamaah akan emmbentuk
kekuatan ummah yang hebat.
Ramai juga yang beralasan untuk tidak datang ke
surau dan masjid disebabkan terdapat anak-anak yang masih kecil. Bahkan
terdapat juga segelintir nazir, imam dan AJK surau dan masjid melarang anak
kecil dibawa ke surau dan masjid. Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran
Islam. Sedangkan Islam tidak melarang, tetapi iba bapa hendaklah menjaga mereka
sehingga tidak mengganggu jamaah yang lain. Hal ini salah satu cara untuk
mendidik anak-anak agar sentiasa terpaut hatinya di rumah Allah (s.w.t.).
Selain itu, pasangan yang baru kawin juga hendaklah
menjadikan bacaan al-Quran sebagai bacaan lazim mereka setiap hari. Bahkan
mereka juga hendaklah sentiasa memerhatikan maksud dan huraiannya. al-Quran
adalah petunjuk iaitu al-huda. Barang siapa yang membacanya pasti akan
keluar dari kesempitan hidup dan mendatangkan ketenangan jiwa yang sebenarnya.
Maka penghayatan al-Quran secara eksklusif oleh pasangan baru kawin sedikit
sebanyak mampu menghadapi cabaran hidup yang kian mendatang.
Selain itu, amalan-malan sunat seperti bacaan al-ma’thurat,
solat sunat rawatif, puasa sunat dan bersedekah adalah bentuk-bentuk amalan
kerohanian dalam keluarga Islam. Doa juga berperanan mendatangkan ketenagan
dalam keluarga Islam. Seharusnya pasangan yang baru kawin mengamalkan doa-doa
yang ma’thur dari Rasulullah (s.a.w.) sebagai perisai dalam keluarga. Maka kekuatan
kerohanian ini dapat menghadapi cabaran kehidupan yang makin menghimpit umat
Islam.
Cabaran Emosi
Sebelum kawin semuanya cantik, elok dan wangi. Bila
sudah kawin sedikit sebanyak menjejaskan pelbagai emosi. Hal ini kerana niat
berkahwin tidak betul dan bahkan salah. Macam mana hendak mendapat keberkatan
dalam perkahwinan. Jika niat berkahwin kerana Allah (s.w.t.) sudah tentu akan
lahir kenenangan emosi dalam keluarga yang dibina.
Bukan bermakna sesebuah keluarga yang berkat
tidak pernah bergaduh, berselisih pendapat dan sebagainya. Tetapi ia mestilah
berdasarkan adab-adab dan nilai tatasusila yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Suami ketua keluarga mestilah mendidik anak dan isteri dengan penuh kasih sayang
dan hormat menghormati.
Hal ini kerana perkahwinan bukanlah untuk keseronokkan
hidup semata-mata. Tetapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
setiap pasangan yang berkahwin. Iaitu si suami menanggung segala macam yang
terjadi dalam keluarga di samping menjawab kepada Allah (s.w.t.) di akhirat
kelak.
Maka maaf memafkan, bertimbang rasa, hormat
menghormati pasangan adalah akhlak yang mulia yang boleh mengurangkan emosi
dalam keluarga. Isteri hendaklah patuh perintah suami selagi tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Suami pula janganlah memberi arahan seperti robot sahaja.
Bantulah para isteri. Bertimbang rasa akan mengurangkan ketegangan emosi dalam
keluarga.
Sementara itu, para isteri juga mestilah bijak
dalam mengurus rumah tangga. Sebelum bercakap berfikirlah dahulu dua tiga kali.
Lihat suasana dan persekiran. Fahami keadaan. Contohnya ‘suami aku ini baru
balik kerja, pasti dia letih!’. Maka jangan terus menerjah, menyoal dan
mempertikaikan sesuatu perkara. Bersabarlah, bertenanglah dan bersangka baiklah
dalam rumah tangga. Ia adalah adalah kunci kebahagian dalam menghadapi emosi
pasangan yang baru kawin.
Cabaran Intelektual
Pasangan baru kahwin juga berhadapan dengan krisis
ilmu terutamanya ilmu pengatahuan agama dan ilmu alat. Ramai dalam kalangan
pasangan yang tidak memahami tanggungjawab kepada agama, ibu bapa pasangan
masing-masing, tidak tahu membaca al-Quran, tidak tahu solat dan sebagainya.
Seharusnya mereka meningkatkan inteketual mereka dengan menimba ilmu dengan
semaksima yang boleh.
Hari ini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
agama tidaklah sepayah ketika dahulu. Media massa seperti Tv al-Hijrah,
tanyalah ustaz Tv9, radio IKIM.com dan ribuaan lagi blog-blog dan Muka Buku (fb)
yang bersifat Islamik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama. Bahkan di
masjid-masjid dan surau juga adalah medan ilmu agama sekiranya pasangan baru
kawin menjadikan institusi masjid dan surau sebagai kunjungan rasmi
sekurang-kurangnya waktu Maghrib hingga Isyak. Sebab waktu itulah kebiasaan
kuliah dan ceramah agama di adakah di masjid-masjid dan surau.
Begitu juga dalam ilmu alat seperti membaiki
paip rumah yang rosak, berkebun, menanam sayur dan sebagainya. Seharusnya
pasangan baru kawin mempunyai misi dan visi agar memantapkan intelektual dalam
semua bidang ilmu pengetahuan. Pasangan yang mengusai pelbagai ilmu akan dapat
mengimbangi cabaran semasa dalam rumah tangga. Sebab semuanya diketahui dan
dilalui dengan penuh penghyatan dan keazaman yang mantap. Sekiranya pasangan
yang baru kawin mempunyai pengetahuan agama dan ilmu alat, maka mereka tidak
akan berhadapan dengan cabaran intelektual yang digembar-gemburkan oleh
kebanyakan pihak.
Cabaran Meterialistik
Ramai dalam kalangan ibu bapa yang
menitikberatkan persoalan meterialistik dalam pemilihan calon menantu mereka.
Ibu bapa lebih memilih soal harta berbanding agama dari segi akhlak dan
penghatan agama. Tidak dapat dinafikan hakikat kepentingan material dalam
sesebuah keluarga. Justeru, cabaran material perlulah ditangangi dengan baik
antara pasangan suami isteri.
Keperluan asas seperti rumah, makanan dan
pakaian adalah keperluan yang wajib. Pasangan suami isteri henkdaklah sentiasa
memikirkan untuk mempunyai rumah sendiri walapun permulaannya adalah menyewa.
Sikap jimat cermat dan tidak berboros serta sentiasa menabung adalah salah satu
cara untuk membina kekuatan material dalam keluarga. ‘Ukur baju di badan
sendiri’ itulah ungkapan lagu agar pasangan baru kahwin tidak menghadapi
cabaran keluarga berupa kemiskinan dan kepayahan hidup terumanya di
bandar-bandar besar.
Budaya makan juga hendaklah diubah. Kalau
dahulu semasa bujang makan sendiri lebih gemar makan di kedai, namun bila sudah
berkeluarga biasakanlah untuk makan di rumah. Di samping makanan yang bersih
dan jimat, isteri juga mendapat pahala yang banyak serta keberkatan dalam
keluarga.
Begitu juga amalan dan cara berpakaian. Pentingkan
pakaian yang menutup aurat sahaja. Jangan terlalu mementingkan fesyen, ikut
kawan dan kemewahan yang lain. Maka para suami haruslah menyediakan keperluan
asasi ini dengan sekadar kemampuan sahaja. Selain itu, banyak lagi persiapan
material yang sewajarnya disediakan dalam keluarga. Namun hendaklah
mendahaulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Barulah rumah
tangga aman harmoni.
Kesimpulannya
Hakikatnya, cabaran pasangan yang baru
berkahwin adalah fitrah dan asam rumah tangga. Jika semua pihak sama ada suami,
isteri dan anak-anak berperanan dan berfungsi pada kedudukan masing-masing,
maka cabaran dalam keluraga Islam akan dapat diselesaikan denganb baik.
Seterusnya akan melahirkan keluragaku syurgaku di dunia ini.
Semoga Allah (s.w.t.) memberi kepada pasangan yang baru kahwin ini
hati-hati yang tenang, sabar dan berlapang dada dalam segala tindakan yang
tidak bertentangan dengan syaraiat Islam. Selain itu, memaafkan pasangan yang
sifatnya remeh temah sahaja adalah sangat penting. Maka dengan itu lahirkan
pasangan yang mampu berhadapan dengan cabaran global masa kini. Wallahu
a’lam.
telah diteritkan dalam VIC 2012