Monday 12 October 2009

Realiti Fantasi


Perjalanan di teruskan lagi
Menuju kejayaan yang di cari
Mungkin berliku dan berduri
Resam hidup sunnah Ilahi

Realiti masa kini terjadi
Sunnahtullah alam turut memerhati
Manusia kian lari di alam fantasi
Menuju cahaya entah kian menyinari

Islam memandang realiti fantasi sekali
Cakap buat perlu diteliti
Demi Islam kita berjuang sampai mati
Belum tamat bila Konvo dilestari

Usaha tawakkal doa di hajati
Baru hidup aman diberkati
Allah sayang kita syukuri
Baru fantasi menjadi realiti

Monday 13 July 2009

Apa Yang Kau Cari





Perjalanan membuatkan ku terkenang
Masa muda remaja hidup penuh girang
Melihat sengketa jiwa nan terang
Akal budi jua yang terbayang


Bagaimana tidak jika bermasam
Bangun pagi semua mula direncam
Makan minum pakaian bukan semacam
Rutin harian membuatku hadam

Perancangan diteruskan demi masa depan
Melihat kejayaan dirancang mengikut plan
Masih tercari sebuah impian 
Agar mudah di pertemukan

Semua orang boleh merancangn kehidupan
Tetapi jangan lupa kita hanya insan
Terlalu lemah jika tidak hidup berTUHAN 
Meminta ampun agar segala perancangan diselesaikan

Dalam berusaha kita diuji
Ikhtiar tawakkal janganlah lari
Doa pun mestilah berkualiti
Barulah perancangan akan selari

Apa yang kau cari
Kita hamba harus mengerti
Jika perancangan kita selari
Dengan perancangan Ilahi

Pasti kan berjaya di sana nanti
Mencapai matlamat hakiki
Bersama kita menghayati
Carilah keredhaanNYA kedamaian abadi...

Tuesday 30 June 2009

Ketawa




Bila gembira bermula ceria
Seakan dunia kita yang punya
Begitulah manusia
Sering kali tertanya

Mengapakah ia terjadi
Kesedihan menimpa diri
Perlukah kita untuk kembali
Kuatkan ukhuwah yang sejati

Bila bersama terasa indah
Bait kata sering dimadah
Tidak pernah sengketa marah
Oh indahnya ukhuwah fillah

Kemana saja berkelana
Beringatlah kita semua
Diciptakan manusia
Bertujuan menyembahNya

Wednesday 3 June 2009


3 Jun 2009 pada hari ini
Genaplah usiaku 26 tahun kini
Erti hidup dan pengalaman terpatri
Terpahat kukuh disanubari

Rumahtangga dibina syukur Ilahi
Phd diteruskan di FPI menanti
Kajian Spiritual Islamiah nan suci
Kuatkan semangat kuatkan tekad dihati




Ingin berjaya perlu perancangan teliti
Usaha tawakkal mesti selari
Malas dan cuai rosakan diri
Sabar dan ikhtiar makanan rohani

Sekarang usia bertambah lagi
Mengenang amalan kurang menjadi
Berharap sangat dapat Taufik Ilahi
mengerjakan amalan ihklas berkualiti

Semoga usia bertambah amalan melimpahi
Kekuatan jasmani rohani intelak dan emosi
Bagi menujudkan kecerdasan hakiki
BerTUHAN kan Allah kenteraman abadi

Wednesday 27 May 2009

Pokok Kehidupan


Alangkah indah menjadi pokok
Ia berbuah mekar dan rimbun berarak
Dahan yang kuat ranting berselerak
Saujana mata memandang terbeliak

Buah manis masam tiada gula dan cuka
Kadang ulat pun ada bukan dipinta
Air yang manis bukan disengaja
Kuasa Allah swt boleh belaka

Pokok berdiri kukuh biar taufan menggila
Berganjak tidak selalu setia sentiasa
Jatidiri pokok hebat dek akar pemankin utama
Mencengkam bumi kuat dengan hebatnya

Sepatutnya sebagai hamba cemerlang
Memiliki iman bak akar yang gemilang
Sentiasa sujud untuk solat bak batang
Amal ibadah lain bak dahan dan ranting

Manusia akan bernilai jika berakhlak terpuji
Disegani dihormati semua insani
Musuh kawan pun beralah sendiri
Jika akhlakmu terpancar sinar ISLAMI

Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Guru


Guru adalah ungkapan keramat dalam hidupku
Peranan dan jasa mereka kian terpatri dan jitu
Kan ku kenang dan doakan kalian bahagia selalu
Membina manusia Rabbani dan berilmu

Kalau dahulu guru dedikasi dan berilmu
Boleh merotan pelajar jika terdapat salah laku 
Pelajar hormat dan diam membisu
Peringatan diberi dijadikan bekalan sepanjang waktu

Hari ini seumpama tidak berlaku
Guru mencubit pelajar jumpa mahkamah dulu
Hormat dan taat sudah kian berlalu
Guru tidak dihormati malah keretanya dipalu

Pelajar darjah 6 sekarang dah tunjuk belang
Guru bercakap dia buat mesyuarat di belakang
Nak tegur pun alang kepalang
Baik diam dari membayar saman melintang

Mari teman kawan dan taulan
Kita pelajar ingatkan kawan-kawan
Melawan guru bukan ajaran Quran
Rosak binasa ilmu tak berkat jadi pedoman

Wednesday 13 May 2009

Piagam Perpaduan



Hijrah Nabi ke Madinah telah mengubah dunia

Masyarakat di satukan asas dasar TAQWA
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dengan jaya
Membina Masjid Quba pusat kawalan dakwah berjaya

Piagam Madinah perundangan bertulis pertama
Mengandungi peraturan adil saksama
Untuk Islam dan non-muslim dicipta
Membantuk masyarakat berbilang bangsa hidup ceria

13 Mei 1969 sejarah hitam negara
Pertumpahan darah berlaku sengkata 
Pelbagai acuan dicipta mula bersuara
Akta dan undang-undang dibina

Mengapa tidak merujuk acuan Madinah
Islam mampu memerintah
Negara Madinah pelbagai bangsa hidup berhemah
Aman bahagian dengan bermadah

Dengan syarat Islam dipatuhi
Tidak perdujis dengan Islam sejati
Umat Islam wajib yakin mengimani
Islam penyelamat hidup harmoni

Mari kembali hayati Piagam Madinah yang suci
Acuan masyarakat berbilang bangsa harmoni
Baru kita menjadi bangsa dihormati
Payung negara mulia disana sini

Sunday 10 May 2009

Oh Ibu ayah


Hari Ibu disambut dengan gembira
Rata-rata orang Melayu Islam menghayatinya
Pengorbanan suci ibu tidak terkira
Mengandung, menyusu dan membelai setiap masa

Anak kecil sebesar telapak tangan dimanja
Merangkak berjalan ibu mula ceria
Diajar bercakap-cakap dengan jaya
Tidur baring makan ibu entah ke mana

Hanya semata membesarkan anak tercinta
Bila dewasa ramai anak derhaka
Lupa mak bapak tamakkan dunia
Dek nipis ajaran agama dalam dada

Maka berlakulah pelbagai sengketa
Ibu membesarkan kita dilupa
Ditinggalkan di pusat jagaan orang-orang tua
Jabatan Kebajikan Masyarakat kian sesak dengan warga tua

Rumah Seri Kenangan mereka menghabiskan usia
Menangis air mata bila mengenangkan suka duka mereka
Usia senja dihabiskan dengan resah gelisah berkelana
Anak dibelai manja dibalas dengan sengsara

Wahai pemuda pemudi budiman
Kembalikan lah ibu bapa mu hidup aman
Dari kecil bersusah payah hidup berteman
Bila dewasa lupa jasa dan pengorbanan
Bangkit menyayangi ibu bapa tanpa sempadan
Kasih mereka membawa ke syurga idaman
Berbaktilah kita sementara ada peluang dan jalan
Bila sudah tiada menyesal dihari kemudian

Hari ibu penuh makna
Bapa juga jangan dilupa
Ibu bapa payung kita
Tempat bermanja dikala lara duka dan ceria

Jadikan sambutan hari ibu disambut setiap hari
Pasti kita akan hidup aman bestari
Keluh kesah hilang dalam hidup jadi bererti
Pemangkin jatidiri muslim sejati

Tuesday 5 May 2009

Kembara Bermula

Detik 1 Mei 2009 menjadi sejarah
Hari buruh mula bermadah
Kalam di lafaz dengan indah
Masjid Bandar Baru Salak Tinggi yang megah

Ikatan lafaz ijab dan qobul tercipta
Sebagai tanda cinta dikota
Membina istana cinta keranaNya
Menjadi insan bertaqwa yang berjaya

Hari ini sudah 5 hari berlalu
Doa kepadaMu Allah yang satu
Kami hambaMu ingin mengadu
RedhaMu jua harapan dipalu

Mungkin kembara baru bermula
Bekal amalan jua ilmu berguna
Ya Allah Tuhan ku yang Esa
Bantulah Aku menjadi Hamba

Hamba yang taat dan Qonaah
Sering mengadu dikala duka lara dan mehnah
Juga saat gembira dan ceria sentiasa ramah
Kerana Insan kerdil ini hamba yang lemah

Ya Allah Tuhan ku
Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam RahmatMu
Menuju kembara suci itu

Sunday 12 April 2009

Usia Remaja


















Usia remaja amat menyeronokan kita
Remaja hanya sekali orang muda kata
Remaja tak perlu risau gelisah gundah bermasa muka
Ceria dengan permainan idola dan bebas sengketa

Kebanyakan remaja bebas merdeka
Tak perlu berfikir tentang apa sahaja
Namun Islam mengajar kita
Tentang hakikat remaja

Remaja berIman dan berTAQWA
Saidina Ali sebagai remaja
Memperjuangkan Islam tercinta
Mengangkat senjata membela bersama nabi kita

Nabi Allah Ismail sanggup berkorban nyawa
Dek mengikut arahan Sang Pencipta
Nabi Allah Daud membunuh Jalud di usia remaja
berperang membunuh pemimpin zalim durjana

Namun kita masyarakat maya
Masih bermain mercun gasing playgame semata
Padahal remaja aset negara bangsa
Membina masa depan cerah berjaya

Remaja berjaya perlu idealisme yang cerah
Perlu jatidiri remajalisme acuan al-Quran Sunnah 
Menuntut Ilmu sebagai cahaya untuk bermadah
Menyebarkan Dakwah buat manusia sebagai ummah