ELMI
BIN BAHARUDDIN,
anak ke-2 dari 9 adik beradik dilahirkan pada 3 Jun 1983 di Kuala Lumpur. Belia
mendapat pendidikan awal agama daripada ibu dan bapanya dalam aspek pembacaan
al-Quran dan fardhu ain. Bersekolah rendah di Sekolah Bandar Mentakab Pahang
dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau,
Temerloh Pahang Darul Makmur.
Setelah
tamat SPM tahun 2000, beliau melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma Tahfiz
al-Quran wal Qiraat, di Darul Quran JAKIM pada tahun 2001 dengan CGPA 3.32. Seterusnya
menyambung pengajian dalam sarjana muda Usuluddin pengkhususan Dakwah di
Institut Agama Islam Sultan Saifuddin, Jambi Indonesia pada 2004 dengan CGPA
3.68. Padatahun 2006 beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana iaitu Master
dalam Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia dengan CGPA 3.79. Seterusnya pada tahun 2008 beliau telah mendapat tawaran
menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd) di universiti yang
sama. Pada 29 Ogos 2013 telah lulus viva iaitu exam Phd dalam bidang Kecerdasan Ruhaniah dari Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.
Sementara itu, beliau telah berkhidmat dengan
KPTM khususnya di Bangi sejak 26 Mac 2008 yang lalu sebagai pensyarah Pengajian
Islam. Semasa menjadi pensyarah beliau terlibat secara aktif dalam profesyen perguruan
dan telah melibatkan secara aktif dalam aktiviti penyelidikan, khidmat masyarakat,
pendakwah dan pensyarah. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Nurhidayah Mokhtar
dengan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Mardhiyyah dan Mukhlisah. Beliau telah
menetap bersama ibubapanya Baharuddin dan Siti Aminah di Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor.
Beliau terlibat dengan penyelidikan dalam
bentuk jurnal, buku dan kertas kerja. Antara penyelidikan dalam
bentuk Jurnal iaitu 4 penulisan (1. Elmi Baharuddin dan Zainab Ismail. 2013. Hubungan kecerdasan ruhaniah dan amalan agama warga tua di rumah kebajikan. Jurnal Islamiyyat., 2. Zainab, I., Wan Ibrahim W. A., Zuriah Mahmud, Salasiah Hanim Hamjah, Rosidah Jemain, Elmi Baharuddin, Razaleigh Muhamat@Kawangit, Roziah Sidik@Mat Sidek & Zuliza Mohd Kusrin. 2012. An Altenative Living Arrangement For Older Malaysian. Advances in Natural and Applied Sciences Journal (6 (8); 1568-1572, 2012) (3. Zainab, I., Wan Ibrahim
W. A., & Elmi Baharuddin. 2012. Religious Participations Among the Older
Persons In Malaysia. Advances in Natural and Applied Sciences Journal (6 (3); 388-391, 2012) dan (4.
Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj.
Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. 2011.
Komitmen warga tua di Rumah Seri Kenangan dalam amalan agama. Jurnal
Pembangunan Sosial. 14. ISSN: 1394-6528).
Penulisan buku 2 naskah (1. Zainab Ismail,
Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham
& Elmi Baharuddin. (Pnyt.). 2011. Warga Tua Rumah Seri Kenangan,
Malaysia: Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling. Bangi:
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia. ISBN 979-983-2234-91-3 dan (2. Elmi Baharuddin. 2012. Formula Remaja Unggul. KPTM Bangi:
Bangi.)
Seterusnya bab
dalam buku sebanyak 2 naskah (1. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Ideris Endot, Siti
Tijani Mohammad & Elmi Baharuddin. 2011. Tahap Kecerdasan Rohani
Warga Tua di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin Dalam Dunia Kontemparori. Dlm.
Razaleigh Muhammat@Kawangit & Ideris Endot. (Pnyt.). Pembangunan Dakwah
Semasa, hlm. 94-102. Bagi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan
(2. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2010. Penglibatan Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras
dalam aktiviti agama. Dlm. Zainab Ismail, Salasiah Hanim Hamjah & Rosmawati
Mohamad Rasit. (Pnyt.).Isu Dakwah Masa Kini: Keluarga, Komuniti Marginal
& Pendidikan, hlm. 115-133. Bagi: Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Seterusnya
kertas kerja seminar 4 kertas kerja (1. Elmi Baharuddin & Zainab
Ismail. 2011. Hubungan Kecerdasan Rohaniah Dengan Amalan Agama di Rumah
Kebajikan. Kertas Kerja, Kolokium Siswazah Peringkat Kebangsaan 2011.
Urusetia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM dengan
Kerjasama Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam, Puri Pujangga, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 11 Oktober), (2. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan
Ahmad, Asyraf Ab. Rahman, Ideris Endot, Siti Nor Tijani Mohamad & Elmi
Baharuddin. Tahap Kecerdasan Rohani Warga Tua Seri Kenangan Taman Kemumin
Dalam Dunia Komtemparori. Kertas Kerja, International Seminar On Da'wah
(ISOD) – 2011. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universitas Negeri Jakarta,
Institut Kajian Rantau Asia Barat dan Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan
Pembanguna Islam di Universitas Negeri Jakarta, 8-10 Julai), (3. Zainab Ismail, Wan
Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi
Baharuddin. 2010. Pengurusan
kebajikan warga tua di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Ipoh Perak. Kertas Kerja,
Seminar Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Kumpulan Penyelidikan
UKM-GUP-TKS-08-08-276, YADIM & Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan
Islam, Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27 September) dan (4. Elmi Baharuddin &
Zainab Ismail. 2007. Pengetahuan Agama WargaEmas di
RSKC. Kertas Kerja, Bicara Dakwah Ke-VI. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Bilik Siswazah
1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 22 Ogos).
Selain itu
juga beliau menjadi penulis tamu dalam Buletin WARNA KPTM Bangi dan dalam Majalah
VIC dalam tajuk yang pelbagai (1. Elmi Baharuddin. 2011. Pengurusan masjid yang efektif membentuk dakwah Islamiyyah. Majalah
VIC. Edisi Ke-2), (2. Elmi
Baharuddin. 2011. Redha menuju ketenangan hakiki. Majalah VIC. Edisi
Ke-3), (3. Elmi
Baharuddin. 2011. Remaja bermotivasi unggul. Majalah VIC. Edisi
Ke-4), (4. Elmi
Baharuddin. 2011. Yakin membentuk kekuatan diri. Majalah VIC. Edisi
Ke-4), (5. Elmi
Baharuddin. 2012. Kekuatan hari pertama persekolahan. Majalah VIC.
Edisi Ke-5), (6. Elmi
Baharuddin. 2012. Berita gembira buat Mukmin. Majalah VIC. Edisi
Ke-5), (7. Elmi Baharuddin. 2012.
Seni hiburan Islam. Majalah VIC. Edisi Ke-5) dan (8. Elmi Baharuddin. 2012. Hormati orang tua
sayangi orang muda. Majalah VIC. Edisi Ke-6).
Beliau telah terlibat secara langsung dalam masyarakat seperti memegang jawatan Ketua Lajnah Pemuda Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor (2013-2015). Beliau juga pernah mendapat Anugerah Pensyarah Terbaik Pilihan Pelajar KPTM Bangi pada 2012 yang lalu. Beliau juga aktif dalam menyampaikan siri kuliah agama di sekitar Lembah Klang sedikit sebanyak mampu mempromosikan dakwah dan Islam dalam kalangan masyarakat setempat. Semoga bingkisan ini mampu menjadi motivasi kepada diriku sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara.Wassalam.
Beliau telah terlibat secara langsung dalam masyarakat seperti memegang jawatan Ketua Lajnah Pemuda Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor (2013-2015). Beliau juga pernah mendapat Anugerah Pensyarah Terbaik Pilihan Pelajar KPTM Bangi pada 2012 yang lalu. Beliau juga aktif dalam menyampaikan siri kuliah agama di sekitar Lembah Klang sedikit sebanyak mampu mempromosikan dakwah dan Islam dalam kalangan masyarakat setempat. Semoga bingkisan ini mampu menjadi motivasi kepada diriku sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara.Wassalam.
No comments:
Post a Comment