Monday 30 September 2013

sekitar imbasan tahun 2013

 pesta bunga putrajaya 2013
 ijtima' tarbawi membina minda dan emsosi
 gelagat mardhiyyah di taman bunga
 menara putrajaya
 mukhlisah....
masjid putra

Wednesday 25 September 2013

Musibah Pujian...


Berhati-hati Ketika Memuji
Oleh:
Elmi Bin Baharuddin
Pensyarah Pengajian Islam
KPTM Bangi.
Pujian adalah sesuatu yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Terkadang terdapat majikan yang memuji pekerjanya disebabkan sumbangan dan bakti yang dilakukan. Terdapat juga pekerja yang memuji majikannya  disebabkan kebaikan dan sumbangan majikan kepadanya. Namun begitu, terdapat enam bencana yang bakal menimpa amalan seseorang dalam masalah pujian sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Kitab Penawar Hati. Empat perkara adalah berkaitan dengan orang yang memuji dan dua perkara lagi menimpa orang yang dipuji.
Kebinasaan pertama ialah orang yang memuji kadang-kadang berlebihan dalam memuji sehingga berlaku dusta dan bohong.  Hal ini biasa berlaku dalam kehidupan berorganisasi. Kerana hendak menyatakan sesuatu pujian kepada majikan, kawan dan sebagainya sanggup berdusta dan berbohong ketika mana orang yang dipuji tidak melakukan perkara yang dinyatakan dalam hal pujian tersebut. Perkara ini hendaklah dijauhkan dalam organisasi KPTM Bangi kerana boleh membinasakan amalan kita.
Kebinasaan kedua ialah menzahirkan kasih sayang kepada orang yang dipuji sedangkan pada batinnya tidak kasih kepada orang yang dipuji. Maka orang yang memuji boleh jatuh kepada perbuatan riak. Sudah tentu perbuatan riak ini membinasakan amalan seseorang. Maka hendaklah dijauhkan perbuatan tersebut.
Kebinasaan yang ketiga ialah terkadang orang yang memuji menyatakan sesuatu yang tidak diyakini tentang apa yang dipujinya seperti menjelasakan sipulan ini adil dan wara’. Sedangkan dia hanya melihat pada zahir sahaja sebagai sangkaan semata-mata. Tetapi pemuji telah memujinya sebagai baik dan taat. Nabi SAW bersabda ”Kasihan kamu, kerana kamu telah memotong leher kawan kamu” ketika menjelaskan keburukan pujian yang tidak benar dan dusta.
Kebinasaan yang keempat ialah terkadang pemuji telah memuji orang yang zalim dengan memasukan sukacita kedalam hatinya. Sedangkan berdosa memuji orang yang zalim seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud  ”Allah SWT bersangatan marah memuji orang yang fasik (berdosa)”. Hal ini kerana al-Hasan RA telah berkata ”sekiranya seseorang memuji orang yang zalim dan pasik, maka dia telah redha dan suka kepada orang yang mengerjakan maksiat kepada Allah SWT”. Maka sewajarnya orang yang zalim dan fasik hendaklah dicela dalam masyarakat supaya ia berhenti dari melakukan kezaliman dan kefasikan kepada Allah SWT.
Adapun dua kebinasaan kepada orang yang dipuji ialah akan menjadi sombong dan ujub disebabkan pujian tersebut. Selain itu, kedua pula orang yang dipuji akan menjadikan suka hatinya atas pujian tersebut sehingga menjadi malas untuk terus beribadah dan bekerja. Namun begitu, sekiranya orang yang memuji dan yang dipuji bebas daripada keenam-enam sifat yang dinyatakan tidak menjadi masalah untuk memuji seseorang.
Kadang kala pujian juga menjadi sunnah seperti sabda Nabi SAWJika ditimbang iman Abu Bakar al-Siddiq dengan iman sekalian manusia maka lebih berat imannya”. Selain itu, Nabi SAW juga memuji Umar RA jika tidak dibangkitkan aku menjadi Rasul, maka Umarlah yang paling layak”. Pujian Nabi SAW ini menjadikan Sahabat bertambah banyak beribadah dan taat kepada Allah SWT.
Maka kesimpulannya, ketika mendapat pujian Saidina Ali RA menjelaskan perlu berdoa dalam hati Ya Allah SWT ampunkan aku kerana mereka tidak mengetahui apa yang mereka katakan, janganlah engkau ambil kesalahan dari pujian ini dan jadikanlah lebih baik dari apa yang mereka katakan itu”. Semoga kita warga KPTM Bangi tidak mendapat dosa dan kebinasaan ketika memuji dan dipuji seseorang.

diterbitkan dalam BULETIN WARNA KPTM BANGI...

Tuesday 10 September 2013

Bingkisan Syukur


Assalamualaikum pembuka bicara
Salam dihulur madah bermula
Syukur pada Ilahi nikmat terasa
Bila Phd lulus berjaya

Tanggal 20 Ogos 2013 keputusan dinyata
Bermula penambahbaikan dihantar terima kasih penyelia
Prof Madya Dr Zainab Ismail penyumbang idea
Berkorban seawal 2008 hingga 2013 yang lama

Semoga jasa dan pengorbanan beliau tidak sia-sia
Kerana mendidik anak bangsa dilihat berjaya
Agar menjadi manusia takut dalam taqwanya
Menjadi penyelidik, pensyarah dan manusia

Terima kasih ayah dan bonda tercinta
Sentiasa mendoakan berkorban sepanjang masa
Bersusah payah membesarkan hingga berjaya
Semoga berada dalam rahmat, redha dan kasih sayang-Nya

Buat isteri Nurhidayah Mokhtar yang berusaha
Teruskan niatmu menyiapkan sarjana
Ku doa sentiasa cekal dan mempunyai kekuatan jiwa
Demi menyelidik ilmu Allah yang sangat luasnya

Buat Mardhiyyah dan Mukhlisah penyejuk di mata
Jadilah anak solehah berhati mulia
Mentaati ayah ibu bersopan ceria
Menuntut ilmu Allah dengan hafal al-Quran di usia muda

Buat kak long Raidar dan suami tercinta
Buat adik-adik, hafiz sekuluarga
Ilin dan isteri, asror, inil, Zel, Assakina
Jangan jemu menadah kitab sepanjang masa

Bagi menghilangkan kejahilan pencerahan jiwa
Membentuk manusia cinta dan takut akan Tuhan-nya
Menjadi manusia berjiwa akhlak Nabi-nya
Dalam melayari dunia sementara fana

Buat ibu dan bapak mertua
Buat kak long, angah dan alang sekeluarga
Nin dan Najwa terima kasih semua
Kerana mendoakan sehingga berjaya

Sahabat-sahabat yang tidak dinyatakan nama
Pengorbanan kalian moga mendapat pahala
Hidup berkat panjang masa
Moga ceria sampai di hari tua

Semoga bingkisan ini pengganti bicara
Ucapan terima kasih semua
Semoga kita sentiasa berTAQWA
Matlamat hidup di alam nyata