Tuesday 10 September 2013

Bingkisan Syukur


Assalamualaikum pembuka bicara
Salam dihulur madah bermula
Syukur pada Ilahi nikmat terasa
Bila Phd lulus berjaya

Tanggal 20 Ogos 2013 keputusan dinyata
Bermula penambahbaikan dihantar terima kasih penyelia
Prof Madya Dr Zainab Ismail penyumbang idea
Berkorban seawal 2008 hingga 2013 yang lama

Semoga jasa dan pengorbanan beliau tidak sia-sia
Kerana mendidik anak bangsa dilihat berjaya
Agar menjadi manusia takut dalam taqwanya
Menjadi penyelidik, pensyarah dan manusia

Terima kasih ayah dan bonda tercinta
Sentiasa mendoakan berkorban sepanjang masa
Bersusah payah membesarkan hingga berjaya
Semoga berada dalam rahmat, redha dan kasih sayang-Nya

Buat isteri Nurhidayah Mokhtar yang berusaha
Teruskan niatmu menyiapkan sarjana
Ku doa sentiasa cekal dan mempunyai kekuatan jiwa
Demi menyelidik ilmu Allah yang sangat luasnya

Buat Mardhiyyah dan Mukhlisah penyejuk di mata
Jadilah anak solehah berhati mulia
Mentaati ayah ibu bersopan ceria
Menuntut ilmu Allah dengan hafal al-Quran di usia muda

Buat kak long Raidar dan suami tercinta
Buat adik-adik, hafiz sekuluarga
Ilin dan isteri, asror, inil, Zel, Assakina
Jangan jemu menadah kitab sepanjang masa

Bagi menghilangkan kejahilan pencerahan jiwa
Membentuk manusia cinta dan takut akan Tuhan-nya
Menjadi manusia berjiwa akhlak Nabi-nya
Dalam melayari dunia sementara fana

Buat ibu dan bapak mertua
Buat kak long, angah dan alang sekeluarga
Nin dan Najwa terima kasih semua
Kerana mendoakan sehingga berjaya

Sahabat-sahabat yang tidak dinyatakan nama
Pengorbanan kalian moga mendapat pahala
Hidup berkat panjang masa
Moga ceria sampai di hari tua

Semoga bingkisan ini pengganti bicara
Ucapan terima kasih semua
Semoga kita sentiasa berTAQWA
Matlamat hidup di alam nyata 

No comments:

Post a Comment