Wednesday 27 May 2009

Pokok Kehidupan


Alangkah indah menjadi pokok
Ia berbuah mekar dan rimbun berarak
Dahan yang kuat ranting berselerak
Saujana mata memandang terbeliak

Buah manis masam tiada gula dan cuka
Kadang ulat pun ada bukan dipinta
Air yang manis bukan disengaja
Kuasa Allah swt boleh belaka

Pokok berdiri kukuh biar taufan menggila
Berganjak tidak selalu setia sentiasa
Jatidiri pokok hebat dek akar pemankin utama
Mencengkam bumi kuat dengan hebatnya

Sepatutnya sebagai hamba cemerlang
Memiliki iman bak akar yang gemilang
Sentiasa sujud untuk solat bak batang
Amal ibadah lain bak dahan dan ranting

Manusia akan bernilai jika berakhlak terpuji
Disegani dihormati semua insani
Musuh kawan pun beralah sendiri
Jika akhlakmu terpancar sinar ISLAMI

Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Guru


Guru adalah ungkapan keramat dalam hidupku
Peranan dan jasa mereka kian terpatri dan jitu
Kan ku kenang dan doakan kalian bahagia selalu
Membina manusia Rabbani dan berilmu

Kalau dahulu guru dedikasi dan berilmu
Boleh merotan pelajar jika terdapat salah laku 
Pelajar hormat dan diam membisu
Peringatan diberi dijadikan bekalan sepanjang waktu

Hari ini seumpama tidak berlaku
Guru mencubit pelajar jumpa mahkamah dulu
Hormat dan taat sudah kian berlalu
Guru tidak dihormati malah keretanya dipalu

Pelajar darjah 6 sekarang dah tunjuk belang
Guru bercakap dia buat mesyuarat di belakang
Nak tegur pun alang kepalang
Baik diam dari membayar saman melintang

Mari teman kawan dan taulan
Kita pelajar ingatkan kawan-kawan
Melawan guru bukan ajaran Quran
Rosak binasa ilmu tak berkat jadi pedoman

Wednesday 13 May 2009

Piagam Perpaduan



Hijrah Nabi ke Madinah telah mengubah dunia

Masyarakat di satukan asas dasar TAQWA
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dengan jaya
Membina Masjid Quba pusat kawalan dakwah berjaya

Piagam Madinah perundangan bertulis pertama
Mengandungi peraturan adil saksama
Untuk Islam dan non-muslim dicipta
Membantuk masyarakat berbilang bangsa hidup ceria

13 Mei 1969 sejarah hitam negara
Pertumpahan darah berlaku sengkata 
Pelbagai acuan dicipta mula bersuara
Akta dan undang-undang dibina

Mengapa tidak merujuk acuan Madinah
Islam mampu memerintah
Negara Madinah pelbagai bangsa hidup berhemah
Aman bahagian dengan bermadah

Dengan syarat Islam dipatuhi
Tidak perdujis dengan Islam sejati
Umat Islam wajib yakin mengimani
Islam penyelamat hidup harmoni

Mari kembali hayati Piagam Madinah yang suci
Acuan masyarakat berbilang bangsa harmoni
Baru kita menjadi bangsa dihormati
Payung negara mulia disana sini

Sunday 10 May 2009

Oh Ibu ayah


Hari Ibu disambut dengan gembira
Rata-rata orang Melayu Islam menghayatinya
Pengorbanan suci ibu tidak terkira
Mengandung, menyusu dan membelai setiap masa

Anak kecil sebesar telapak tangan dimanja
Merangkak berjalan ibu mula ceria
Diajar bercakap-cakap dengan jaya
Tidur baring makan ibu entah ke mana

Hanya semata membesarkan anak tercinta
Bila dewasa ramai anak derhaka
Lupa mak bapak tamakkan dunia
Dek nipis ajaran agama dalam dada

Maka berlakulah pelbagai sengketa
Ibu membesarkan kita dilupa
Ditinggalkan di pusat jagaan orang-orang tua
Jabatan Kebajikan Masyarakat kian sesak dengan warga tua

Rumah Seri Kenangan mereka menghabiskan usia
Menangis air mata bila mengenangkan suka duka mereka
Usia senja dihabiskan dengan resah gelisah berkelana
Anak dibelai manja dibalas dengan sengsara

Wahai pemuda pemudi budiman
Kembalikan lah ibu bapa mu hidup aman
Dari kecil bersusah payah hidup berteman
Bila dewasa lupa jasa dan pengorbanan
Bangkit menyayangi ibu bapa tanpa sempadan
Kasih mereka membawa ke syurga idaman
Berbaktilah kita sementara ada peluang dan jalan
Bila sudah tiada menyesal dihari kemudian

Hari ibu penuh makna
Bapa juga jangan dilupa
Ibu bapa payung kita
Tempat bermanja dikala lara duka dan ceria

Jadikan sambutan hari ibu disambut setiap hari
Pasti kita akan hidup aman bestari
Keluh kesah hilang dalam hidup jadi bererti
Pemangkin jatidiri muslim sejati

Tuesday 5 May 2009

Kembara Bermula

Detik 1 Mei 2009 menjadi sejarah
Hari buruh mula bermadah
Kalam di lafaz dengan indah
Masjid Bandar Baru Salak Tinggi yang megah

Ikatan lafaz ijab dan qobul tercipta
Sebagai tanda cinta dikota
Membina istana cinta keranaNya
Menjadi insan bertaqwa yang berjaya

Hari ini sudah 5 hari berlalu
Doa kepadaMu Allah yang satu
Kami hambaMu ingin mengadu
RedhaMu jua harapan dipalu

Mungkin kembara baru bermula
Bekal amalan jua ilmu berguna
Ya Allah Tuhan ku yang Esa
Bantulah Aku menjadi Hamba

Hamba yang taat dan Qonaah
Sering mengadu dikala duka lara dan mehnah
Juga saat gembira dan ceria sentiasa ramah
Kerana Insan kerdil ini hamba yang lemah

Ya Allah Tuhan ku
Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam RahmatMu
Menuju kembara suci itu