"Berjalan berfikir merenung alam semesta tanpa bicara, perlu akal yang tajam membina minda dengan bekal iman senjata manusia, meneruskan usaha tawakkal Tuhan Yang Maha Esa, sebagai bekalan menjadi insan berhati mulia, berbudi luhur mencipta sejarah, menghayati Islam cara hidup nan Indah"
Sunday 10 May 2009
Oh Ibu ayah
Hari Ibu disambut dengan gembira
Rata-rata orang Melayu Islam menghayatinya
Pengorbanan suci ibu tidak terkira
Mengandung, menyusu dan membelai setiap masa
Anak kecil sebesar telapak tangan dimanja
Merangkak berjalan ibu mula ceria
Diajar bercakap-cakap dengan jaya
Tidur baring makan ibu entah ke mana
Hanya semata membesarkan anak tercinta
Bila dewasa ramai anak derhaka
Lupa mak bapak tamakkan dunia
Dek nipis ajaran agama dalam dada
Maka berlakulah pelbagai sengketa
Ibu membesarkan kita dilupa
Ditinggalkan di pusat jagaan orang-orang tua
Jabatan Kebajikan Masyarakat kian sesak dengan warga tua
Rumah Seri Kenangan mereka menghabiskan usia
Menangis air mata bila mengenangkan suka duka mereka
Usia senja dihabiskan dengan resah gelisah berkelana
Anak dibelai manja dibalas dengan sengsara
Wahai pemuda pemudi budiman
Kembalikan lah ibu bapa mu hidup aman
Dari kecil bersusah payah hidup berteman
Bila dewasa lupa jasa dan pengorbanan
Bangkit menyayangi ibu bapa tanpa sempadan
Kasih mereka membawa ke syurga idaman
Berbaktilah kita sementara ada peluang dan jalan
Bila sudah tiada menyesal dihari kemudian
Hari ibu penuh makna
Bapa juga jangan dilupa
Ibu bapa payung kita
Tempat bermanja dikala lara duka dan ceria
Jadikan sambutan hari ibu disambut setiap hari
Pasti kita akan hidup aman bestari
Keluh kesah hilang dalam hidup jadi bererti
Pemangkin jatidiri muslim sejati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment