Thursday 19 December 2013

keluarga bahagia impian semua


Keluarga Bahagia Impian Semua

Oleh:

Ust. Dr. Elmi Bin Baharuddin

Pensyarah Pengajian Islam

KPTM Bangi.

Keluarga bahagia adalah impian semua manusia. Jika ditanya kepada seseorang apa impian setelah mendirikan rumah tangga pasti mereka menjawab ingin mendapatkan suami yang soleh, isteri solehah dan anak-anak penyejuk di mata serta penawar di hati.

Islam ada acuan tersendiri dalam membentuk keluarga bahagia. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membentuk keluarga bahagia. Antaranya asas keluarga bahagia adalah ilmu yang menyeluruh yang meliputi ilmu agama, sains, sejarah, ilmu semasa, ilmu pertukangan, ilmu memasak dan ilmu-ilmu baru yang mempu menceriakan rumah tangga. Keluarga bahagia meletakkan ilmu pengetahuan sebagai dasar utama kelurga dimana sahaja mereka berada pasti mendapatkan ilmu dengan pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, aqidah yang sahih merupakan perkara paling penting dalam pembinaan keluarga bahagia. Mana mungkin keluarga bahagia tercipta jika pegangan kepercayaannya tersesat jauh dari aqidah ahli sunnah wal jamaah. Keluarga bahagia sangat mementingkan keyakinan yang mendalam kepada Allah (s.w.t.) sebagai tempat bergantung harap dan memohon pertolongan. Jika keluarga yang dibina agak rapuh hubungannya dengan Allah (s.w.t.) sudah pasti akan melahirkan virus dan bencana iman yang bakal mendurjanakan keluarga tersebut kelembah kesyirikan, kemunafikan, kemaksiatan dan dosa.

Setersunya, asas keluarga bahagia adalah kesatuan ibadah yang istiqamah dalam kehidupan. Keluarga bahagia perlulah mengamalkan solat berjamaah bagi lelaki di surau dan masjid. Mementingkan perlaksanaan solat dhuha setia hari. Pembacaan al-Quran secara berterusan dalam rumah dengan minima bacaan satu muka. Pengamalan zikir-zikir penting pada setiap masa dan keadaan agar menjadi benteng dari gangguan syaitan jin dan syaitan manusia.  Sentiasa memohon keampunan kepada Allah (s.w.t.) sekurangnya 70 kali sehari yang menjadi sunnah kepada Nabi (s.a.w.) dalam kehidupan banginda. Memperbanyakan sedekah yang mampu menjadi benteng musibah dan bencana yang bakal menimpa. Maka kesatuan ibadah dalam keluarga bahagia perlu diterjemahkan dalam diri suami, isteri dan anak-anak agar mencintai Allah (s.w.t.) dan Rasul-Nya lebih dari diri sendiri.

Terakhirnya, pembinaan asa keluarga bahagia adalah kelestarian akhlak yang terpuji. Nabi (s.a.w.) diutuskan adalah untuk penyempurnaan yang agung. Keluarga bahagia sangat mengambil berat soal sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa, mohon maaf jika tersilap, ”maafkan saya” dalam kehidupan seharian. Menurut Imam al-Ghazali ”akhlak adalah perkara dan kebiasaan yang mendarah daging dalam jiwa seseorang” setelah terbiasa melakukan sesuatu tingkahlaku. Maka untuk melahirkan akhlak yang terpuji, suami isterilah terlebih dahulu berakhlak agar menjadi contoh dan suri teladan dalam diri anak-anak.

Sekiranya keempat-empat asas keluarga bahagia ini diamalkan dalam kehidupan seharian, maka semua kakitangan KPTM Bangi sama ada pihak pengurusan dan para pensyarah bakal melahirkan modal insan kelas pertama dalam dunia keluarga bahagia.
diterbitkan dalam bulletin warna KPTM Bangi....
 

Sunday 3 November 2013

Rehlah ke Kedah....Nov 2013

 azan magrib kerkumandang di Sg Limau...
kelihatan belakangnya
Gunung Jerai...
 Siangnya...
 Mandi di Titian Hayun kaki Gunung Jerai...

 Spisis bunga yang terdapat di puncak Gunung Jerai lebih kurang 1100 meter...
ketinggian sebenarnya adalah 1217 meter...

 ketika matahari baru terbenam

 ketika matahari baru nak terbit....







Thursday 3 October 2013

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!

oleh: http://fakirfikir.blogspot.com/2012/08/selamat-datang-ke-dunia-phd-yang.html

Petang tadi, saya berpeluang bertemu dengan beberapa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ph.D di IPTA. Saya mendengar cerita-cerita mereka. Banyak yang tidak menarik, menjadikan PhD ini jalan yang tidak indah.

Bayangkan mereka menyediakan proposal setebal lebih 100 halaman. Bagi saya, ini bukan proposal. Proposal sepatutnya pendek sahaja. Yang patut diutamakan ialah beberapa siri kajian, atau berapa banyak 'kelompangan (gap)' yang sepatutnya ada dalam kajian.

Bayangkan, kalau proposal sudah setebal ini, maka berapa lama masa yang telah digunakan? Lama bukan.

PhD bukanlah proposal. PhD ialah kajian bagi menemukan sesuatu. Kalau terlalu banyak masa dihabiskan untuk proposal, sangat sukar untuk menjalankan kajian yang mantap. Dengan masa yang tinggal sekitar 2 atau 3 tahun, bilakah pula waktunya mereka akan menjalankan kajian?

Saya tidak setuju dengan aliran yang berpandangan bahawa proposal yang tebal itulah menjadikan sesuatu kajian itu mantap. Sebagai pelajar PhD, mereka harus diberikan peluang meneroka dan banyak kepercayaan. tugas penyelia ialah menunjukkan jalan yang betul. Bukan menyiksa pelajar dengan hal yang bukan-bukan.

Saya datang dari persekitaran kerja swasta. Saya mempunyai personaliti A. Maknanya, setiap pelajar saya perlu berkerja dengan cepat dan berfikir dengan pantas. Sekiranya mereka mampu menyediakan proposal setebal 15 halaman, itu pun sudah memadai. Yang utama, mereka tahu di mana kelemahan kajian lalu, dan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teori yang digunakan.

Setelah data dikutip, barulah perjalanan PhD sebenar akan bermula. Saya akan 'menyiksa' pelajar saya dengan pertanyaan tak kunjung henti. Saya tidaklah mahukan mereka merasakan siksaan itu. Saya mahu mereka menyelesaikan kutipan data secepat mungkin, kerana kalau nanti ada kesalahan di sana sini, dengan baki masa 3 tahun mereka boleh menutupnya dengan kajian yang lain. Jadi, lebih baik berkerja keras dahulu, dan senang kemudian.

Saya tidak sedikit pun teruja dengan proposal yang tebal. Itu adalah buku. Saya teruja dengan siri kajian beberapa kali, atau statistik yang agak kompleks, dan menulis dengan cara yang betul.

Bagaimana kalau mereka tidak mampu. Saya akan mengajarnya. Lebih baik menjadi Yuna yang menyanyikan banyak lagu, daripada seniman agung yang mengambil masa 3 tahun menuliskan lirik, tetapi tidak pernah sempat dinyanyikan. Orang lain sudah menghasilkan banyak album, sedang anda masih mencari apakah lirik terbaik. Ia pekerjaan bodoh.

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!

Monday 30 September 2013

sekitar imbasan tahun 2013

 pesta bunga putrajaya 2013
 ijtima' tarbawi membina minda dan emsosi
 gelagat mardhiyyah di taman bunga
 menara putrajaya
 mukhlisah....
masjid putra

Wednesday 25 September 2013

Musibah Pujian...


Berhati-hati Ketika Memuji
Oleh:
Elmi Bin Baharuddin
Pensyarah Pengajian Islam
KPTM Bangi.
Pujian adalah sesuatu yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Terkadang terdapat majikan yang memuji pekerjanya disebabkan sumbangan dan bakti yang dilakukan. Terdapat juga pekerja yang memuji majikannya  disebabkan kebaikan dan sumbangan majikan kepadanya. Namun begitu, terdapat enam bencana yang bakal menimpa amalan seseorang dalam masalah pujian sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Kitab Penawar Hati. Empat perkara adalah berkaitan dengan orang yang memuji dan dua perkara lagi menimpa orang yang dipuji.
Kebinasaan pertama ialah orang yang memuji kadang-kadang berlebihan dalam memuji sehingga berlaku dusta dan bohong.  Hal ini biasa berlaku dalam kehidupan berorganisasi. Kerana hendak menyatakan sesuatu pujian kepada majikan, kawan dan sebagainya sanggup berdusta dan berbohong ketika mana orang yang dipuji tidak melakukan perkara yang dinyatakan dalam hal pujian tersebut. Perkara ini hendaklah dijauhkan dalam organisasi KPTM Bangi kerana boleh membinasakan amalan kita.
Kebinasaan kedua ialah menzahirkan kasih sayang kepada orang yang dipuji sedangkan pada batinnya tidak kasih kepada orang yang dipuji. Maka orang yang memuji boleh jatuh kepada perbuatan riak. Sudah tentu perbuatan riak ini membinasakan amalan seseorang. Maka hendaklah dijauhkan perbuatan tersebut.
Kebinasaan yang ketiga ialah terkadang orang yang memuji menyatakan sesuatu yang tidak diyakini tentang apa yang dipujinya seperti menjelasakan sipulan ini adil dan wara’. Sedangkan dia hanya melihat pada zahir sahaja sebagai sangkaan semata-mata. Tetapi pemuji telah memujinya sebagai baik dan taat. Nabi SAW bersabda ”Kasihan kamu, kerana kamu telah memotong leher kawan kamu” ketika menjelaskan keburukan pujian yang tidak benar dan dusta.
Kebinasaan yang keempat ialah terkadang pemuji telah memuji orang yang zalim dengan memasukan sukacita kedalam hatinya. Sedangkan berdosa memuji orang yang zalim seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud  ”Allah SWT bersangatan marah memuji orang yang fasik (berdosa)”. Hal ini kerana al-Hasan RA telah berkata ”sekiranya seseorang memuji orang yang zalim dan pasik, maka dia telah redha dan suka kepada orang yang mengerjakan maksiat kepada Allah SWT”. Maka sewajarnya orang yang zalim dan fasik hendaklah dicela dalam masyarakat supaya ia berhenti dari melakukan kezaliman dan kefasikan kepada Allah SWT.
Adapun dua kebinasaan kepada orang yang dipuji ialah akan menjadi sombong dan ujub disebabkan pujian tersebut. Selain itu, kedua pula orang yang dipuji akan menjadikan suka hatinya atas pujian tersebut sehingga menjadi malas untuk terus beribadah dan bekerja. Namun begitu, sekiranya orang yang memuji dan yang dipuji bebas daripada keenam-enam sifat yang dinyatakan tidak menjadi masalah untuk memuji seseorang.
Kadang kala pujian juga menjadi sunnah seperti sabda Nabi SAWJika ditimbang iman Abu Bakar al-Siddiq dengan iman sekalian manusia maka lebih berat imannya”. Selain itu, Nabi SAW juga memuji Umar RA jika tidak dibangkitkan aku menjadi Rasul, maka Umarlah yang paling layak”. Pujian Nabi SAW ini menjadikan Sahabat bertambah banyak beribadah dan taat kepada Allah SWT.
Maka kesimpulannya, ketika mendapat pujian Saidina Ali RA menjelaskan perlu berdoa dalam hati Ya Allah SWT ampunkan aku kerana mereka tidak mengetahui apa yang mereka katakan, janganlah engkau ambil kesalahan dari pujian ini dan jadikanlah lebih baik dari apa yang mereka katakan itu”. Semoga kita warga KPTM Bangi tidak mendapat dosa dan kebinasaan ketika memuji dan dipuji seseorang.

diterbitkan dalam BULETIN WARNA KPTM BANGI...

Tuesday 10 September 2013

Bingkisan Syukur


Assalamualaikum pembuka bicara
Salam dihulur madah bermula
Syukur pada Ilahi nikmat terasa
Bila Phd lulus berjaya

Tanggal 20 Ogos 2013 keputusan dinyata
Bermula penambahbaikan dihantar terima kasih penyelia
Prof Madya Dr Zainab Ismail penyumbang idea
Berkorban seawal 2008 hingga 2013 yang lama

Semoga jasa dan pengorbanan beliau tidak sia-sia
Kerana mendidik anak bangsa dilihat berjaya
Agar menjadi manusia takut dalam taqwanya
Menjadi penyelidik, pensyarah dan manusia

Terima kasih ayah dan bonda tercinta
Sentiasa mendoakan berkorban sepanjang masa
Bersusah payah membesarkan hingga berjaya
Semoga berada dalam rahmat, redha dan kasih sayang-Nya

Buat isteri Nurhidayah Mokhtar yang berusaha
Teruskan niatmu menyiapkan sarjana
Ku doa sentiasa cekal dan mempunyai kekuatan jiwa
Demi menyelidik ilmu Allah yang sangat luasnya

Buat Mardhiyyah dan Mukhlisah penyejuk di mata
Jadilah anak solehah berhati mulia
Mentaati ayah ibu bersopan ceria
Menuntut ilmu Allah dengan hafal al-Quran di usia muda

Buat kak long Raidar dan suami tercinta
Buat adik-adik, hafiz sekuluarga
Ilin dan isteri, asror, inil, Zel, Assakina
Jangan jemu menadah kitab sepanjang masa

Bagi menghilangkan kejahilan pencerahan jiwa
Membentuk manusia cinta dan takut akan Tuhan-nya
Menjadi manusia berjiwa akhlak Nabi-nya
Dalam melayari dunia sementara fana

Buat ibu dan bapak mertua
Buat kak long, angah dan alang sekeluarga
Nin dan Najwa terima kasih semua
Kerana mendoakan sehingga berjaya

Sahabat-sahabat yang tidak dinyatakan nama
Pengorbanan kalian moga mendapat pahala
Hidup berkat panjang masa
Moga ceria sampai di hari tua

Semoga bingkisan ini pengganti bicara
Ucapan terima kasih semua
Semoga kita sentiasa berTAQWA
Matlamat hidup di alam nyata 

Saturday 31 August 2013

jiwa diri merdeka


Jiwa Diri Merdeka

Oleh: Elmi Baharuddin

Diri adalah jiwa yang perlu dikenali
Ada jiwa yang resah berduri
Jiwa yang senang girang sekali
Jiwa yang sepi menderita menyesali

Hakikatnya jiwa adalah al-nafs insani
Memerlukan makanan laungan zikir Ilahi
Perlukan pengorbanan santapan rohani
Memerlukan amal jariah yang diungguli

Melakar taubat dikala sepi
Membuahkan hasil kekuatan diri
Membentuk jiwa kaku berdiri
Menghayun tenaga menyusun jari

Bertaubat nasuha jangan diulangi
Moga diri jiwa bebas berdikari
Tidak mengharap manusia memerhati
Kerana jiwa merdeka bebas menyendiri

Membentuk Iman dan Taqwa mandiri
Kekuatan lahir dari lubuk hati
Jauh terpendam diangkat berlari
Melahirkan jiwa istighfar sepanjang hari

Baru hidup akan diberkati
Tuhan penyayang pengampun Ummati
Manusia redha Tuhan meredhai
Baru jiwa tenang apabila mengingati Rabbul Izzati

telah diterbitkan dalam BULETIN WARNA KPTM BANGI

Friday 30 August 2013

Success Story 2013

ELMI BIN BAHARUDDIN, anak ke-2 dari 9 adik beradik dilahirkan pada 3 Jun 1983 di Kuala Lumpur. Belia mendapat pendidikan awal agama daripada ibu dan bapanya dalam aspek pembacaan al-Quran dan fardhu ain. Bersekolah rendah di Sekolah Bandar Mentakab Pahang dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau, Temerloh Pahang Darul Makmur.

Setelah tamat SPM tahun 2000, beliau melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat, di Darul Quran JAKIM pada tahun 2001 dengan CGPA 3.32. Seterusnya menyambung pengajian dalam sarjana muda Usuluddin pengkhususan Dakwah di Institut Agama Islam Sultan Saifuddin, Jambi Indonesia pada 2004 dengan CGPA 3.68. Padatahun 2006 beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana iaitu Master dalam Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan CGPA 3.79. Seterusnya pada tahun 2008 beliau telah mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd) di universiti yang sama. Pada 29 Ogos 2013 telah lulus viva iaitu exam Phd dalam bidang Kecerdasan Ruhaniah dari Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi. 

Sementara itu, beliau telah berkhidmat dengan KPTM khususnya di Bangi sejak 26 Mac 2008 yang lalu sebagai pensyarah Pengajian Islam. Semasa menjadi pensyarah beliau terlibat secara aktif dalam profesyen perguruan dan telah melibatkan secara aktif dalam aktiviti penyelidikan, khidmat masyarakat, pendakwah dan pensyarah. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Nurhidayah Mokhtar dengan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Mardhiyyah dan Mukhlisah. Beliau telah menetap bersama ibubapanya Baharuddin dan Siti Aminah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Beliau terlibat dengan penyelidikan dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja. Antara penyelidikan dalam bentuk Jurnal iaitu 4 penulisan (1. Elmi Baharuddin dan  Zainab Ismail. 2013. Hubungan kecerdasan ruhaniah dan amalan agama warga tua di rumah kebajikan. Jurnal Islamiyyat.2. Zainab, I., Wan Ibrahim W. A., Zuriah Mahmud, Salasiah Hanim Hamjah, Rosidah Jemain, Elmi Baharuddin, Razaleigh Muhamat@Kawangit, Roziah Sidik@Mat Sidek & Zuliza Mohd Kusrin2012. An Altenative Living Arrangement For Older Malaysian. Advances in Natural and Applied Sciences Journal (6 (8); 1568-1572, 2012) (3Zainab, I., Wan Ibrahim W. A., & Elmi Baharuddin.  2012. Religious Participations Among the Older Persons In Malaysia. Advances in Natural and Applied Sciences Journal (6 (3); 388-391, 2012) dan (4. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. 2011. Komitmen warga tua di Rumah Seri Kenangan dalam amalan agama. Jurnal Pembangunan Sosial. 14. ISSN: 1394-6528).
           
Penulisan buku 2 naskah (1. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. (Pnyt.). 2011. Warga Tua Rumah Seri Kenangan, Malaysia: Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 979-983-2234-91-3 dan (2. Elmi Baharuddin. 2012. Formula Remaja Unggul. KPTM Bangi: Bangi.)

Seterusnya bab dalam buku sebanyak 2 naskah (1. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Ideris Endot, Siti Tijani Mohammad & Elmi Baharuddin. 2011. Tahap Kecerdasan Rohani Warga Tua di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin Dalam Dunia Kontemparori. Dlm. Razaleigh Muhammat@Kawangit & Ideris Endot. (Pnyt.). Pembangunan Dakwah Semasa, hlm. 94-102. Bagi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan (2. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2010. Penglibatan Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras dalam aktiviti agama. Dlm. Zainab Ismail, Salasiah Hanim Hamjah & Rosmawati Mohamad Rasit. (Pnyt.).Isu Dakwah Masa Kini: Keluarga, Komuniti Marginal & Pendidikan, hlm. 115-133. Bagi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan  Malaysia).

Seterusnya kertas kerja seminar 4 kertas kerja (1. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2011. Hubungan Kecerdasan Rohaniah Dengan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Kertas Kerja, Kolokium Siswazah Peringkat Kebangsaan 2011. Urusetia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM dengan Kerjasama Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia, 11 Oktober), (2. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Asyraf Ab. Rahman, Ideris Endot, Siti Nor Tijani Mohamad & Elmi Baharuddin. Tahap Kecerdasan Rohani Warga Tua Seri Kenangan Taman Kemumin Dalam Dunia Komtemparori. Kertas Kerja, International Seminar On Da'wah (ISOD) – 2011. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universitas Negeri Jakarta, Institut Kajian Rantau Asia Barat dan Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembanguna Islam di Universitas Negeri Jakarta, 8-10 Julai), (3. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. 2010.  Pengurusan kebajikan warga tua di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Ipoh Perak. Kertas Kerja, Seminar Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Kumpulan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-08-08-276, YADIM & Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam, Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27 September) dan (4. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2007. Pengetahuan Agama WargaEmas di RSKC. Kertas Kerja, Bicara Dakwah Ke-VI. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Bilik Siswazah 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 22 Ogos).

Selain itu juga beliau menjadi penulis tamu dalam Buletin WARNA KPTM Bangi dan dalam Majalah VIC dalam tajuk yang pelbagai (1. Elmi Baharuddin. 2011. Pengurusan masjid yang efektif membentuk dakwah Islamiyyah. Majalah VIC. Edisi Ke-2), (2. Elmi Baharuddin. 2011. Redha menuju ketenangan hakiki. Majalah VIC. Edisi Ke-3), (3. Elmi Baharuddin. 2011. Remaja bermotivasi unggul. Majalah VIC. Edisi Ke-4), (4. Elmi Baharuddin. 2011. Yakin membentuk kekuatan diri. Majalah VIC. Edisi Ke-4), (5. Elmi Baharuddin. 2012. Kekuatan hari pertama persekolahan. Majalah VIC. Edisi Ke-5), (6. Elmi Baharuddin. 2012. Berita gembira buat Mukmin. Majalah VIC. Edisi Ke-5), (7. Elmi Baharuddin. 2012. Seni hiburan Islam. Majalah VIC. Edisi Ke-5) dan (8. Elmi Baharuddin. 2012. Hormati orang tua sayangi orang muda. Majalah VIC. Edisi Ke-6).

Beliau telah terlibat secara langsung dalam masyarakat seperti memegang jawatan Ketua Lajnah Pemuda Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor (2013-2015). Beliau juga pernah mendapat Anugerah Pensyarah Terbaik Pilihan Pelajar KPTM Bangi pada 2012 yang lalu. Beliau juga aktif dalam menyampaikan siri kuliah agama di sekitar Lembah Klang sedikit sebanyak mampu mempromosikan dakwah dan Islam dalam kalangan masyarakat setempat. Semoga bingkisan ini mampu menjadi motivasi kepada diriku sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara.Wassalam.

Wednesday 3 April 2013

aqidah


Aqidah

Rasul dan para Nabi
Kepercayaan yang satu
kekuatan iman dan keyakinan
Jika kamu orang beryaya

Aqidah
Kerana aqidah bilal menderita
Kerana aqidah simayyah di hina
kerana aqidah para auliya' korbankan nyawa
kerana Jannah itu tidak seindah kata

Aqidah
Ummah ini dalam sengsara
Masyarakat penuh noda
Pemimpin kita pandai bicara
Lahir generasi menderita
Aqidah
Orang kata penting sangat ke?
Buat biasa sudahlah?
Mana mungkin bicara sedemikian
Sedangkan ia bagai akar dalam sebatang pohon!

Aqidah
Alangkah indah andai kita tahu
Ummat derita tampa aqidah
Ibarat sarang labah-labah
Ditiup angin robohlah ia

Aqidah
Apabila agama jadi tradisi
Ramai juhala' bertahta ulama'
Fuqara' menjadi ghoniya'
Harap pagar, pagar makan padi

Aqidah
Mari bersama kita susuri
Episod ketetapan ini
Andai kita punyai hati
Terfikirkah untuk mencari

Aqidah
Sudah!Bangkit!
Jangan kita berdalih lagi
Ayuh kayuh dengan berlari
Bersihkan ummah ini...
 

Monday 21 January 2013

KISAH ASHABUL UKHDUD

Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t. Sehingga ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t. Ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata.  Tawakkal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut ;  Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"

Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.
Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.  Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.  Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".  Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".  Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.

Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja
"Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".
Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".
Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.  Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"  Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla". Raja itu pun bertanya "Adakah aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah". Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.  Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".  Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka". Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".  Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.  Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong(membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.
(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)  Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.  Semoga pemuda-pemudi Islam kita akan mengambil iktibar dan pedoman dari kisah yang hebat ini.

salinan/adaptasi dari: http://islamic-world.net/youth/ashabul_ukhdud.htm