Saturday 31 August 2013

jiwa diri merdeka


Jiwa Diri Merdeka

Oleh: Elmi Baharuddin

Diri adalah jiwa yang perlu dikenali
Ada jiwa yang resah berduri
Jiwa yang senang girang sekali
Jiwa yang sepi menderita menyesali

Hakikatnya jiwa adalah al-nafs insani
Memerlukan makanan laungan zikir Ilahi
Perlukan pengorbanan santapan rohani
Memerlukan amal jariah yang diungguli

Melakar taubat dikala sepi
Membuahkan hasil kekuatan diri
Membentuk jiwa kaku berdiri
Menghayun tenaga menyusun jari

Bertaubat nasuha jangan diulangi
Moga diri jiwa bebas berdikari
Tidak mengharap manusia memerhati
Kerana jiwa merdeka bebas menyendiri

Membentuk Iman dan Taqwa mandiri
Kekuatan lahir dari lubuk hati
Jauh terpendam diangkat berlari
Melahirkan jiwa istighfar sepanjang hari

Baru hidup akan diberkati
Tuhan penyayang pengampun Ummati
Manusia redha Tuhan meredhai
Baru jiwa tenang apabila mengingati Rabbul Izzati

telah diterbitkan dalam BULETIN WARNA KPTM BANGI

Friday 30 August 2013

Success Story 2013

ELMI BIN BAHARUDDIN, anak ke-2 dari 9 adik beradik dilahirkan pada 3 Jun 1983 di Kuala Lumpur. Belia mendapat pendidikan awal agama daripada ibu dan bapanya dalam aspek pembacaan al-Quran dan fardhu ain. Bersekolah rendah di Sekolah Bandar Mentakab Pahang dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau, Temerloh Pahang Darul Makmur.

Setelah tamat SPM tahun 2000, beliau melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat, di Darul Quran JAKIM pada tahun 2001 dengan CGPA 3.32. Seterusnya menyambung pengajian dalam sarjana muda Usuluddin pengkhususan Dakwah di Institut Agama Islam Sultan Saifuddin, Jambi Indonesia pada 2004 dengan CGPA 3.68. Padatahun 2006 beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana iaitu Master dalam Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan CGPA 3.79. Seterusnya pada tahun 2008 beliau telah mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd) di universiti yang sama. Pada 29 Ogos 2013 telah lulus viva iaitu exam Phd dalam bidang Kecerdasan Ruhaniah dari Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi. 

Sementara itu, beliau telah berkhidmat dengan KPTM khususnya di Bangi sejak 26 Mac 2008 yang lalu sebagai pensyarah Pengajian Islam. Semasa menjadi pensyarah beliau terlibat secara aktif dalam profesyen perguruan dan telah melibatkan secara aktif dalam aktiviti penyelidikan, khidmat masyarakat, pendakwah dan pensyarah. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Nurhidayah Mokhtar dengan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Mardhiyyah dan Mukhlisah. Beliau telah menetap bersama ibubapanya Baharuddin dan Siti Aminah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Beliau terlibat dengan penyelidikan dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja. Antara penyelidikan dalam bentuk Jurnal iaitu 4 penulisan (1. Elmi Baharuddin dan  Zainab Ismail. 2013. Hubungan kecerdasan ruhaniah dan amalan agama warga tua di rumah kebajikan. Jurnal Islamiyyat.2. Zainab, I., Wan Ibrahim W. A., Zuriah Mahmud, Salasiah Hanim Hamjah, Rosidah Jemain, Elmi Baharuddin, Razaleigh Muhamat@Kawangit, Roziah Sidik@Mat Sidek & Zuliza Mohd Kusrin2012. An Altenative Living Arrangement For Older Malaysian. Advances in Natural and Applied Sciences Journal (6 (8); 1568-1572, 2012) (3Zainab, I., Wan Ibrahim W. A., & Elmi Baharuddin.  2012. Religious Participations Among the Older Persons In Malaysia. Advances in Natural and Applied Sciences Journal (6 (3); 388-391, 2012) dan (4. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. 2011. Komitmen warga tua di Rumah Seri Kenangan dalam amalan agama. Jurnal Pembangunan Sosial. 14. ISSN: 1394-6528).
           
Penulisan buku 2 naskah (1. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. (Pnyt.). 2011. Warga Tua Rumah Seri Kenangan, Malaysia: Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 979-983-2234-91-3 dan (2. Elmi Baharuddin. 2012. Formula Remaja Unggul. KPTM Bangi: Bangi.)

Seterusnya bab dalam buku sebanyak 2 naskah (1. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Ideris Endot, Siti Tijani Mohammad & Elmi Baharuddin. 2011. Tahap Kecerdasan Rohani Warga Tua di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin Dalam Dunia Kontemparori. Dlm. Razaleigh Muhammat@Kawangit & Ideris Endot. (Pnyt.). Pembangunan Dakwah Semasa, hlm. 94-102. Bagi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan (2. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2010. Penglibatan Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras dalam aktiviti agama. Dlm. Zainab Ismail, Salasiah Hanim Hamjah & Rosmawati Mohamad Rasit. (Pnyt.).Isu Dakwah Masa Kini: Keluarga, Komuniti Marginal & Pendidikan, hlm. 115-133. Bagi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan  Malaysia).

Seterusnya kertas kerja seminar 4 kertas kerja (1. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2011. Hubungan Kecerdasan Rohaniah Dengan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Kertas Kerja, Kolokium Siswazah Peringkat Kebangsaan 2011. Urusetia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM dengan Kerjasama Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia, 11 Oktober), (2. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Asyraf Ab. Rahman, Ideris Endot, Siti Nor Tijani Mohamad & Elmi Baharuddin. Tahap Kecerdasan Rohani Warga Tua Seri Kenangan Taman Kemumin Dalam Dunia Komtemparori. Kertas Kerja, International Seminar On Da'wah (ISOD) – 2011. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universitas Negeri Jakarta, Institut Kajian Rantau Asia Barat dan Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembanguna Islam di Universitas Negeri Jakarta, 8-10 Julai), (3. Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Siti Rugayah Hj. Tibek, Ideris Endot, Fariza Md. Sham & Elmi Baharuddin. 2010.  Pengurusan kebajikan warga tua di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Ipoh Perak. Kertas Kerja, Seminar Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Kumpulan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-08-08-276, YADIM & Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam, Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27 September) dan (4. Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. 2007. Pengetahuan Agama WargaEmas di RSKC. Kertas Kerja, Bicara Dakwah Ke-VI. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Bilik Siswazah 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 22 Ogos).

Selain itu juga beliau menjadi penulis tamu dalam Buletin WARNA KPTM Bangi dan dalam Majalah VIC dalam tajuk yang pelbagai (1. Elmi Baharuddin. 2011. Pengurusan masjid yang efektif membentuk dakwah Islamiyyah. Majalah VIC. Edisi Ke-2), (2. Elmi Baharuddin. 2011. Redha menuju ketenangan hakiki. Majalah VIC. Edisi Ke-3), (3. Elmi Baharuddin. 2011. Remaja bermotivasi unggul. Majalah VIC. Edisi Ke-4), (4. Elmi Baharuddin. 2011. Yakin membentuk kekuatan diri. Majalah VIC. Edisi Ke-4), (5. Elmi Baharuddin. 2012. Kekuatan hari pertama persekolahan. Majalah VIC. Edisi Ke-5), (6. Elmi Baharuddin. 2012. Berita gembira buat Mukmin. Majalah VIC. Edisi Ke-5), (7. Elmi Baharuddin. 2012. Seni hiburan Islam. Majalah VIC. Edisi Ke-5) dan (8. Elmi Baharuddin. 2012. Hormati orang tua sayangi orang muda. Majalah VIC. Edisi Ke-6).

Beliau telah terlibat secara langsung dalam masyarakat seperti memegang jawatan Ketua Lajnah Pemuda Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor (2013-2015). Beliau juga pernah mendapat Anugerah Pensyarah Terbaik Pilihan Pelajar KPTM Bangi pada 2012 yang lalu. Beliau juga aktif dalam menyampaikan siri kuliah agama di sekitar Lembah Klang sedikit sebanyak mampu mempromosikan dakwah dan Islam dalam kalangan masyarakat setempat. Semoga bingkisan ini mampu menjadi motivasi kepada diriku sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara.Wassalam.