Friday 18 January 2013

Semangat Baru 2013


Cabaran dan Debaran Tahun 2013
Oleh:
Elmi Bin Baharuddin
Pensyarah Pengajian Islam
KPTM Bangi.
Tahun 2013 adalah tahun yang penuh cabaran bagi warga KPTM Bangi khususnya. Semua kakitangan KPTM Bangi sama ada pihak pengurusan dan para pensyarah dilihat semakin bertenaga dan berusaha secara sistematik dalam proses melahirkan modal insan kelas pertama dalam dunia pendidikan.
Bagi kakitangan yang bukan akademik mereka perlu memberi perkhidmatan terbaik sama ada kepada staf mahupun para pelajar dengan tutur kata yang terbaik dan budi bahasa cemerlang. Begitu juga bagi para pensyarah bukan sahaja mereka perlu mengajar secara ritual harian, malah turut terlibat dalam bidang penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat, pengurusan dan pengajaran.  
Maka lahirlah apa yang dipanggil jurnal, buku, makalah ilmiah, mentee cemerlang, pengurusan yang efisien yang berteraskan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz dan insan cemerlang di dunia dan di akhirat. Insan cemerlang yang mestilah sentiasa patuh dan taat kepada Allah (s.w.t.) dan cintakan Rasul-Nya (s.a.w.) dalam setiap ruang lingkup waktu. Bahkan hati, urat nadi dan denyutan nafas sentiasa berzikir dan berfikir tentang kebesaran Allah (s.w.t.) dalam mendidik, membimbing, mengurus orang bawahan dan para pelajarnya.
Namun di sana perlu diingatkan kepada semua kakitangan KPTM Bangi agar sentiasa cermat dan prihatin dengan bidang tugas yang telah ditetapkan. Perkhidmatan yang dihulurkan, pengajaran yang disampaikan dan pengurusan yang diamanahkan hendaklah berpaksikan kepada SOP (standard operation procedure) yang dilakukan. Sebagai muslim, SOP yang pertama dalam dalam pengurusan, pengajaran dan penyelidikan adalah dilakukan semata-mata kerana Allah (s.w.t.).
Maka tidak timbul terdapat para pensyarah yang tidak melaksanakan tugas dan pengurusan yang bias dalam kepimpinan mereka. Hal ini kerana tugas yang dilakukan adalah amanah dan ibadah. Amanah dan ibadah akan ditanya, disoal dan dihitung di akhirat kelak. Bagi yang melaksanakan amanah dan ibadah dengan cemerlang pasti mendapat balasan syurga dan sebaliknya. Maka untuk tujuan itu, cabaran dan debaran ini mestilah dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah (s.w.t.) dan tuntutan hidup beragama.
  
telah diterbitkan dalam BULETIN WARNA KPTM BANGI...

No comments:

Post a Comment